Sudah dijangka dari awal lagi sejak Tun M mula-mula menjejakkan kaki ke arena politik pembangkang, dirinya akan menjadi punca kepada perpecahan, keadaan kucar-kacir dan imej buruk kepada Pakatan Harapan.
Ini semua terbukti apabila Nurul Izzah sendiri mendedahkan bahawa Pakatan Harapan terpaksa berbincang di balik tabir mengenai calon PM mereka. Ahli Parlimen itu juga menegaskan bahawa hasil perbincangan tersebut tidak akan didedahkan kepada umum.
Pakatan Harapan sudah mula kesal dengan tindakan mereka membawa masuk Tun M dan parti Melayu seperti PPBM ke dalam gabungan Pakatan Harapan kerana kemasukan mereka hanya mengkucar-kacirkan parti sahaja.
Sikap Tun M juga tidak disenangi oleh beberapa pemimpin PH kerana bekas Perdana Menteri dilihat mahu mengawal PH menjadikannya seperti Umno dan Barisan Nasional. Pada masa yang sama, pejuang reformasi pro ANWAR juga dikatakan marah dengan Tun M yang memenjarakan idola mereka ketika era tragedi mata lebam tahun 1998.
PPBM dikatakan boleh membawa undi Melayu kepada Pakatan Harapan, tapi nampaknya situasi sekarang sudah terbalik dimana undi PH akan membantu PPBM untuk menang kerana keahlian PPBM tidak sampai 100K di seluruh Malaysia.
Nurul Izzah juga mendedahkan imej buruk yang digambar oleh pengamal media dan media sosial tidak kira pro pembangkang atau kerajaan terhadap Negarawan itu juga menjadi faktor segala perancangan PH terbantut.
Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah berjaya meruntuhkan keyakinan penyokong PH terhadap Tun M dan seterusnya memporak perandakan sokongan kepada pembangkang dalam tempoh kita menuju PRU-14 tidak lama lagi.
Comments
Post a Comment