Nampaknya PH sudah terlalu terdesak dengan tidak menyenaraikan tokoh atau calon muda dari kalangan kepimpinan mereka untuk menjadi Perdana Menteri.
Selepas ketiadaan Anwar Ibrahim di gelanggang politik tanahair, PH telah kehilangan calon Perdana Menteri mereka buat sementara waktu bagi menghadapi PRU-14 yang semakin hampir.
Kehadiran Tun M dalam blok pembangkang sangat dialu-alukan kepimpinan PH kerana, bekas Perdana Menteri itu akan dijadikan kuda tunggangan DAP untuk merealisasikan impian mereka yang dahagakan kuasa politik.
Walaupun istilah PM 'Interim' sedap didengari di telinga kita, namun sebenarnya ianya membuka jalan kemusnahan kepada pentadbiran negara jika PH dapat memerintah negara.
Tun M akan dipergunakan PKR untuk merealisasikan impian mereka membebaskan Anwar Ibrahim dalam tempoh 100 hari pemerintahannya. Kemudian, sistem perundangan negara digubal bagi melayakkan Ketua Umum PKR itu diangkat menjadi PM hakiki bukan 'interim' sebagaimana yang dijanjikan kepada Tun M.
Selepas Anwar Ibrahim menjadi PM, agak-agak siapa dan parti mana yang layak? (Fikir-fikirkan)
Akan tetapi, bukan mudah untuk Tun M dinobatkan sebagai calom PM PH. Ramai dikalangan kepimpinan PH tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana mereka tahu Tun M akan membawa 'bala' kepada PH suatu hari nanti.
PKR terpaksa diberikan dedak dengan melebihkan kerusi parlimen mereka sebanyak 50 kerusi bagi menggantikan kerusi PM yang mereka telah lepaskan kepada Tun M.
Kesimpulan yang dapat diringkaskan dengan strategi PH ini, kita dapat melihat Tun M hanya dijadikan alat atau 'kambing hitam' sahaja. Jika PH kalah PRU-14 nanti, mereka sudah ada sasaran untuk ditudingkan jari.
Persoalannya, Tun M mahu bertanding di kerusi Parlimen mana? Apa kata kita serang kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya.
Comments
Post a Comment