PAKATAN HARAPAN GOYAH, TIADA PELAN HADAPI PRU-14


PAKATAN Harapan (PH) dikatakan risau dengan jumlah cybertrooper yang memihak kerajaan semakin bertambah. Apatah lagi laungan kemenangan dan semangat kerja keras dilaungkan di dalam setiap pertemuan dan mesyuarat parti komponen Barisan Nasional.

Strategi PH selama ini memfitnah kerajaan dalam media sosial, dilihat agak terkebelakang kerana jentera media sosial UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat mampu menangkis dan memperjelaskan fitnah yang dilontarkan.

Pada PRU-13, pembangkang yang ketika itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat memfitnah kerajaan BN bahawa 40,000 rakyat Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi BN. Sehingga kini, pembangkang gagal membuktikan tohmahan itu.

Baru-baru ini, pula Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar ganti rugi RM2 juta kepada FELDA dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel fitnah pada tahun 2010.

PH selalu melaungkan kerajaan mereka bebas daripada rasuah, namun apa yang berlaku kepada anak saudara Menteri Besar Selangor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, atas tuduhan rasuah tidak menggambarkan kerajaan PH telus.

Juga, kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang yang menunggu tarikh perbicaraannya tidak menggambarkan kerajaan Pulau Pinang amal prinsip CAT (kompentasi, akauntabiliti dan telus).

Sehingga kini, PH masih terkial-kial menyediakan satu pelan jangka masa panjang untuk rakyat, terutamanya golongan belia. PH juga mesti memikirkan suatu mekanisme membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kerajaan BN memperkenalkan BRIM dan juga insentif lain untuk membantu rakyat mengurangkan beban dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat ditawarkan pembangkang jika mereka mentadbir kerajaan. PH juga menjanjikan harga minyak akan turun sedangkan harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia.

Comments