PAKATAN HARAPAN AKAN UMUMKAN CALON PERDANA MENTERI PADA BULAN DEPAN (SEKALI LAGI)




Baru-baru in Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Pakatan Harapan akan mengumumkan calon Perdana Menteri pada Januari 2018. 
“Pilihan kami adalah Anwar, tetapi memandangkan beliau di dalam penjara, kami perlu memilih calon lain.”

“Ia (calon Perdana Menteri) akan diumumkan bulan hadapan,” kata Lim Guang Eng di dalam siding akhbar di Komtar.

Apabila ditanya sama ada bapa beliau yang merupkan penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi perhatian kepada jawatan tersebut, Lim Guan Eng hanya menyatakan bahawa mereka tidak pernah meminta jawatan tersebut diberikan kepada mereka.  

Apa yang aneh berkenaan isu Perdana Menteri Pakatan Harapan adalah kedudukan pakatan berkenaan tidak pernah konsisten. Pada awal pembentukannya, pemimpin-pemimpinnya menafikan keperluan memilih calon Perdana Menteri walaupun sebenarnya perlu sebagai imej yang akan mewakili gabungan parti-pati tersebut. Walaupun keadaan ini telah berubah dengan Pemimpin-pemimpin Pakatan termasuk Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mempertimbangkan calon Perdana Menteri yang ingin mereka pilih, namun tiada keputusan konkrit yang dibuat. 

Di dalam pertemuan Pakatan baru-baru ini, G5, yang dianggotai oleh Lim Guan Eng, Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin Yassin dan Mohamed Sabu bersetuju untuk memilih sesame mereka iaitu Mahathir sebagai bakal calon Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

Keputusan berkenaan mendapat tentangan daripada sebahagian ahli-ahli Pakatan.

Apa yang pasti, Pakatan memang kekurangan calon-calon berwibawa sehingga mereka terpaksa mencalonkan masing-masing Si Tu Bangka Yang Tidak Sedar Diri dan Si Tua Pemanas Kerusi sebagai Calon Perdana Menteri dan Tmbalan Perdana Menteri.

Comments