Sebilangan artis pada masa ini seolah-olah telah dibutakan mata dan hati mereka untuk mengimbas dan mengenang kejayaan yang mereka capai adalah dari keharmonian dan kemakmuran yang telah dikecapi negara selama ini.
Tapi bila mereka berkata-kata dan meluahkan apa yang terbuku dihati, mereka menggambarkan segala apa yang berlaku di dalam negara adalah buruk dan tidak mendatangkan sebarang manfaat pada diri mereka.
Memang kebebasan bersuara adalah hak mereka. Tapi sebagai 'public figure' dan sebagai orang yang terkenal, mereka sepatutnya cerdik menilai bagaimana segala usaha kerajaan pada masa ini berusaha untuk menjaga kestabilan politik, ekonomi dan sosial dari dalam dan luar negara.
Artis sepatutnya bersama-sama kerajaan dan pemimpin yang dipilih rakyat untuk membangunkan negara. Jika negara maju, makmur dan aman tidak mustahil industri perfileman dan industri muzik tanahair juga akan menerima kesan serta impaknya.
Kerajaan juga tidak pernah mengabaikan kebajikan dan perkembangan industri hiburan tanahair. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan diberikan kepada persatuan anak seni dan sebagainya.
Kalau artis baru nak up ni cari makan pada zaman Tun Mahathir dan mereka mengeluarkan kritikan hebat mengenai pentadbiran negara di media, sudah tentu nama mereka akan disenarai hitamkan ('banned') dari keluar dikaca televisyen dan corong-corong radio.
Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kamu kerana menjadi terkenal dan diberikan rezeki untuk cepat kaya. Ingatlah nasib anak cucu kamu pasa masa akan datang wahai artis yang tidak mengenang budi.
Comments
Post a Comment