MAHATHIR HERET ISTANA KE KANCAH POLITIK SEMPIT PEMBANGKANG YANG PENUH NODA



Membangkitkan kemarahan, adu domba, menyalahkan orang lain dan memperlekehkan institusi semua ini adalah kerja Mahathir sejak dari dulu lagi.

DAP matlamatnya adalah untuk mewujudkan sebuah negara sekular dan diperintah dengan sistem republik tanpa kewujudan raja. Sekarang kita dapat lihat siapa yang membantu usaha DAP itu? Adakah Donald Trump, Mugabe, Benjamin Netanyahu dan pemimpin dunia yang lain? Orang itu adalah Mahathir.

Mahathir dari zaman menjadi Perdana Menteri lagi sudah mula menyekat kuasa-kuasa raja bagi menghalang segala tindakan berbentuk provokatif terhadap pentadbirannya.

Namun kini, setelah tiada kuasa dan jawatan Mahathir cuba menggunakan kuasa rakyat untuk mengheret raja-raja Melayu dan pihak istana bersamanya masuk ke dalam kancah politik pembangkang yang sempit.

Beberapa kenyataan yang dikeluarkan Mahathir sejak kebelakangan ini mendatangkan kemurkaan Sultan Johor dan Sultan Selangor. Terbaru, Mahathir juga bertindak menyaman biro penyiasatan RCI Forex yang telah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong tanpa menghiraukan kaitan samannya dengan pihak istana.

Apa akan terjadi sekiranya Institusi Beraja di Malaysia ini terhapus? Adakah bangsa Melayu dan umat Islam akan dijaga dengan baik oleh Ketua Menteri atau Perdana Menteri tunggal yang berhak memerintah negara (Negara Sistem Republik)?

Comments