MAHATHIR MEMANG TIDAK PERNAH PUAS JADI PM, TAPI YANG SEDANG MENUNGGU UNTUK JADI PM SETERUSNYA LAGI BUAS



Walaupun banyak rintangan buat Mahathir untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Interim Pakatan Harapan, keputusan yang dicapai itu masih tidak membawa sebarang erti jika struktur dalaman PH terlalu rapuh untuk menghadapai PRU-14.

Bagaimana agaknya perasaan penyokong PH untuk berhadapan orang yang pernah memenjarakan ketua mereka. Bagaimana pula undi popular yang bakal diperolehi PH boleh mengukur sejauhmana Mahathir berkesan menerajui PH sebagai Pengerusinya.

Sedar atau tidak, selepas tempoh 6 hingga 12 bulan itu tamat bagi Mahathir menjadi PM Interim, akan wujud fenomena baru dimana pemimpin yang amat buas dan dahagakan kuasa politik Malaysia ditangan mereka bakal memerintah negara.

Iklim politik dijangka akan berubah dengan banyak campurtangan dari pihak dalam yang selama ini menyimpan taring mereka. Tidak lupa juga kuasa luar yang sudah menabur benih dan ejen mereka di dalam kelompok pembangkang.

Adakah corak pemerintahan Mahathir akan sama seperti dia memegang jawatan 22 tahun dahulu? Adakah lagi pada masa itu laungan hidup Melayu dan juga iringan doa dan bacaan ayat suci Al-Quran di dalam setiap majlis rasmi kerajaan?

Itu baru contoh, ada banyak lagi yang perlu rakyat Malaysia fikirkan bagi mengelakkan negara Malaysia ini dijajah oleh binatang politik yang sememangnya terlalu buas untuk ditenangkan samada di dalam sangkar mereka atau sebaliknya.

Mari kita kekalkan penguasaan Barisan Nasional agar mereka ini (PH) tidak berhak diberi mandat untuk mentadbir negara. Apatah lagi untuk menjual negara Malaysia yang tercinta ini.

Comments