KRONISME DALAMAN MEMUSNAHKAN PPBM



Corak budaya politik kuku besi, tidak menghiraukan suara akar umbi dan kronisme aristokratik sangat menebal dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehingga menyebabkan ramai pengasas, pemimpin dan ahlinya tidak tahan, sekaligus keluar parti. Kita dapat melihat setiap kali ahlinya dan pemimpin PPBM keluar parti, rata-ratanya memberikan alasan yang hampir sama, iaitu corak budaya politik kuku besi tidak hirau suara akar umbi dan kronisme aristokratik begitu menebal dalam PPBM.

Apa yang pasti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PPBM meninggalkan PPBM kerana berlakunya kronisme di mana PPBM sendiri tidak mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas untuk diperjuangkan menyebabkan ahli-ahlinya dan pemimpin PPBM mengfokuskan kepada jawatan dan kuasa dalam parti semata-mata. PPBM tidak mempunyai sebarang budaya apabila ditubuhkan dan sebarang budaya yang timbul rata-ratanya berpunca daripada ahli-ahli dan pemimpin PPBM itu sendiri. Sekiranya ahli-ahli berkenaan memang berniat untuk mengamalkan kronisme di dalam PPBM sendiri, tidak kira sama ada mereka berasal daripada UMNO, PAS, DAP, PKR atau AMANAH mereka sudah pasti akan menjadikan kronisme sebagai satu budaya.

PPBM sama sekali tidak mempunyai hala tuju dan matlamat perjuangan yang jelas, tetapi apa yang pasti salah satu matlamat utama parti berkenaan adalah untuk menjatuhkan dan menggulingkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Tetapi untuk menjatuhkan dan menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah satu matlamat yang sesuai untuk menyatupadukan ahli-ahli dalam parti berkenaan.  Ingatlah tanpa sebarang matlamat dan halatuju bersama yang jelas dalam parti ahli-ahli parti akan lebih cenderung untuk memikirkan perkara-perkara lain seperti jawatan, pangkat dan kuasa di dalam parti.

Realitinya sememangnya dalam PPBM sudah tersebar kronisme meskipun segelintir penyokong-penyokong tegar cuba menafikannya, namun PPBM hakikatnya ditubuhkan bertujuan untuk memajukan kerjaya politik Mukhriz Mahathir setelah cubaan menaikan Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO gagal. Amalan kronisme berlaku tidak kira apa juga peringkat sama ada peringkat yang paling atas mahupun peringkat paling bawah dalam parti. Kalau sudah peringkat kepimpinan tertinggi berlakunya kronisme, bahagian pertengahan mahupun bawahan sudah tentu berlakunya kronisme.

Comments