KAKI PEMBOHONG, PUTAR BELIT RAFIZI BUAT SERANGAN MINDA TERHADAP PAS DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL. RAFIZI DENGAN INVOKE BUATAN SENDIRINYA RAMAL PAS DAN KERAJAAN UMNO TUMBANG PADA PRU 14
Baru-baru ini Rafizi dan Invoke buatannya sendiri sibuk dan giat menjalankan kaji selidik ke atas ramalan pilihan raya umum nanti. Apa yang dilakukan oleh Rafizi dan Invoke membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang Pakatan Harapan berada dalam keadaan tertekan dan terdesak sehinggakan terpaksa menggunakan pendekatan dan kaedah ini dengan mempergunakan NGO bagi mendapatkan maklum balas rakyat.
Kaji Selidik yang dijalankan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) amat mengejutkan dengan ramalan PAS dalam tempoh 12 bulan. Hanya 14 peratus pengundi Melayu akan mengundi PAS dalam pertandingan tiga penjuru berbanding 25 peratus dalam kaji selidik yang sama Januari lalu. Kononnya dakwaan Rafizi Ramli Pakatan Harapan akan memperolehi lebih banyak kerusi dan PAS gagal menang sebarang kerusi.
Manakala 41 peratus daripada pengundi Melayu di seluruh negara menyatakan akan mengundi UMNO. Tetapi dalam kaji selidik tersebut tidak menyatakan dan mendedahkan statistik Pakatan Harapan. Ini yang menjadi tanda tanya.
Kaki Pembohong dan Putar belit Rafizi Ramli lupa bahawa sokongan orang Melayu terutamanya kepada PAS dan Kerajaan Barisan Nasional sangat kuat dan kukuh. Apa pun Invoke Rafizi, ianya sama sekali tidak melemahkan PAS, sebaliknya memberikan suntikan semangat dan dorongan yang sangat kuat kepada ahli-ahli PAS dan Barisan Nasional untuk terus berkempen dan menang pada kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya umum nanti.
Kesimpulannya Rafizi tidak perlulah bersusah payah menjadi penentu sokongan rakyat terhadap PAS dan Kerajaan Barisan Nasional lebih baik fokus dan tumpu kepada masalah dalaman parti PKR dan berusaha mantapkan parti sendiri.
Comments
Post a Comment