JANJI PEMBANGKANG IBARAT JANJI DIABETES YANG AKAN MENYUSAHKAN GENERASI AKAN DATANG


Pihak pembangkangnya sememangnya kini sangat terdesak untuk menggunakan langkah populis bagi mendapatkan sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang. Mereka kini sanggup mengula-gulakan rakyat dengan janji-janji manis yang secara logiknya sukar ditunaikan. Bak kata pembangkang, manifesto itu bukan semestinya janji yang perlu ditunaikan.

Rakyat diminta supaya berhati-hati dengan ‘gula-gula’ yang dihidangkan oleh pembangkang kerana mereka bakal membawa kepada penyakit ‘kencing manis’ yang akan membunuh generasi akan datang.Ini kerana pembangkang tidak kisah apa akan berlaku pada masa hadapan demi mencapai matlamat mereka yang hanya mahu menang pilihanraya dengan menabur janji-janji manis.

Pembangkang kini mengambil langkah populis dengan sanggup memberikan apa saja kepada rakyat dari bulan ke bintang tanpa memikirkan apa yang berlaku pada kemudian hari. Antaranya seperti mansuh hutang, mansuh tol, mansuh cukai dan mansuh segalanya. Segala benda percuma bagi pembangkang tetapi orang waras pun tahu, tiada apa-apa yang percuma dalam hidup. Hakikatnya mereka sendiri memerintah beberapa negeri tapi mereka sendiri tidak laksanakan cukai percuma di negeri pentadbiran mereka.

Apa yang pasti janji ‘diabetes’ mereka bakal dibayar satu hari nanti oleh anak cucu kita. Beban hutang akan meningkat, perbelanjaan untuk masa hadapan akan menguncup dan negara akan berdepan masalah besar yang akan ditanggung rakyat. Jangan biar penyakit diabetes ini menjadi penyakit kronik yang akan membinasakan negara kerana tindakan pembangkang tampak cenderung ke arah merosakkan negara.

Comments