JAMINAN KOS SARA HIDUP DITURUNKAN JIKA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH HANYA MITOS PEMBANGKANG


Menukar kerajaan sedia ada bukanlah jalan penyelesaian atau jalan singkat untuk memastikan kos sara hidup akan turun. Sebenarnya situasi ini berlaku disebabkan beberapa faktor yang dihadapi oleh kerajaan sekarang, antara lain faktor luar seperti ketidaktentuan ekonomi dunia, faktor harga minyak mentah, faktor bahan mentah dunia, faktor pertambahan penduduk dan proses urbanisasi dan sebagainya mendorong kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.

Tambahan pula, peningkatan kos sara hidup itu berlaku di seluruh dunia, bukan di negara ini semata-mata. Rakyat perlu berfikir secara logik dan secara rasional kerana usaha menjatuhkan kerajaan semasa konon untuk menurunkan kos sara hidup sebenarnya hanya propaganda pembangkang agar rakyat membenci parti yang memerintah. Persoalannya benarkah kos sara hidup akan turun jika mereka memerintah? Jawapannya ia sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri, gaya hidup seseorang itu lah jawapan kepada keadaan sebenar kos sara hidupnya bukannya kerana kesilapan Kerajaan.

Sebelum ini pemimpin pembangkang iaitu Rafizi Ramli pernah menyuarakan pandangannya berkaitan dengan kos sara hidup. Menurutnya bila harga minyak naik, harga barang akan naik. Tapi bila harga minyak turun, adakah harga barang akan turun? Apakah logik akalnya yang cuba disampaikan oleh pemimpin pembangkang Rafizi berkenaan isu harga barang dulu. Bila harga minyak turun, adakah harga barang turun. Hal ini penulis serahkan kepada individu dan pembaca untuk menilainya sendiri. 

Kerajaan sedia ada telah melaksanakan pelbagai usaha bagi meringankan beban rakyat termasuk menerusi pemberian bantuan dan subsidi. Banyak usaha-usaha ke arah memastikan kos sara hidup rakyat agar tidak terbeban terus dilaksanakan dari masa ke semasa. Tahun 2018, pemansuhan beberapa tol di lembah klang seperti di tol batu 3 menunjukkan Kerajaan komited dalam memastikan kos sara hidup rakyat terus dijaga. Justeru, tidak ada keperluan untuk menukar kerajaan memandangkan kerajaan yang memerintah sekarang telah banyak membawa pembangunan kepada negara ini.



Comments