DATO’ SRI SANJEEVAN TAK SEDAR DIRI!

Dato’ Sri Sanjeevan Tak Sedar Diri!


Oleh vijikumar

Pada Jul 2013, Dato’ Sri Sanjeevan, Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Mywatch ditembak oleh dua lelaki tidak dikenali dan nyaris menemui maut. Meskipun kritikal pada awalnya, beliau berjaya diselamatkan di hospital Serdang.

Memandangkan NGO yang diterajuinya memang lantang mengkritik pihak polis, terutamanya dalam pencegahan aktiviti perjudian,pertubuhan tersebut dengan segera mendakwa bahawa kejadian tembak yang hampir meragut nyawa pengasasnya itu mungkin dirancang oleh sindiket perjudian dengan bantuan pihak polis. Namun kemudiannya, dakwaanitu ditarik balik setelah NGO tersebut menyedari dakwaannyaitu tidak berasas.

Tan Sri Musa Meninggalkan Mywatch

Dalam tahun yang sama, selepas kejadian tembak itu, Tan Sri Musa Hassan meninggalkan jawatannya dalam Mywatch sebagai penasihat. Menurut bekas Ketua Polis Negara itu, perletakan jawatannya adalah disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pemimpin NGO tersebut di sebalik wajahnya sebagai pertubuhan anti jenayah.Tindakan beliau meninggalkan Mywatch sememangnya satu tamparan hebat kepada kredibiltinya sebagai organisasi pemerhati polis.

Salah laku Sanjeevan dan pembatalan pendaftaran Mywatch

Pada asalnya, Mywatch ditubuhkan untuk menjadi penggerak utama dalam melindungi rakyat daripada ancaman jenayah. Namun kini, ia lebih sibuk menjadi pemerhati pihak polis yang tak sedar diri, meskipun pengerusinya Sri Sanjeevan pernah dibabitkan dengan pelbagai salah laku yang menjelikkan.

Antaranya ialah kes khalwat yang membabitkan pengerusi yang berusia 33 tahun itu dengan seorang pegawai polis wanita. Keduanya didapati menduduki bilik bersebelahan di sebuah hotel mewah semasa operasi pencegahan khalwat dijalankan oleh jabatan agama di Seremban pada bulan Jun tahun lalu. Turut disyaki, terdapat pintu rahsia yang menghubungi kedua bilik tersebut.

Dalam tahun yang sama, nama pengerusi Mywatch itu sekali lagi terpampang di media arus perdana kerana ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 2013 (POCA) kerana melakukan  ugutan jenayah serta memeras ugut taukeh rumah judi untuk mendapatkan wang perlindungan. Dakwaan ini turut menjawab kekayaan luar biasa Sri Sanjeevan yang sering berkeliaran dalam kereta mewahnya dengan pemandu.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin NGO yang tidak berprinsip ini juga pernah menipu seorang ahli peniaga sebanyak RM100,000.00 sebagai yuran perundingannya dengan menunjukkan dua ijazah palsu yang kononnya daripada institusi di United Kingdom.

Terbaharu, pada Mac 2017, beliau dikenakan denda sebanyak RM12,000.00 oleh Mahkamah Sesyen kerana memiliki pekerja asing tanpa permit.

Memandangkan ketidakrelevenan Mywatch sebagai sebuah pertubuhan untuk mengawal jenayah, serta pembabitan pengasasnya dalam pelbagai salah laku jenayah, NGO tersebuttelah pun dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 14 Sept 2016.

Mempersoalkan KPN untuk mengelirukan umum

Namun, tanpa rasa segan dan silu, Sri Sanjeevan baru-baru ini mempersoalkan melalui satu artikel dalam blognya, tentang ketiadaan sebarang tangkapan ke atas taukeh judi di bandar-bandar. Malahan, beliau juga mendakwa tangkapan hanya dibuat ke atas pekerja asing di rumah-rumah perjudian milik taukeh –taukeh tersebut.

Tuduhan tidak berasas ini jelas menunjukkan niat Sri Sanjeevan untuk mengelirukan rakyat berhubung tindakan polis dalam memerangi sindiket perjudian negara dan seterusnya memburukkan nama baik pasukan di khalayak.

Penangkapan- prosedur standard

Penangkapan dibuat ke atas pekerja asing di rumah perjudian sememangnya prosedur standard yang harus dilakukan oleh pihak polis. Melalui tangkapan inilah pihak polis akan mengenalpasti dalang di sebalik sindiket perjudian tersebut, apatah lagi apabila siasatan ke atas sindiket tersebut harus dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kekurangan dari segi bahan bukti serta saksi yang akan digunakan untuk pendakwaan yang meyakinkan dalam mahkamah nanti.Oleh itu, masa yang secukupnya amat diperlukan untuk pengumpulan bahan-bahan bukti serta saksi yang berkaitan.

Sindiket perjudian telah lama berakar umbi

Harus difahami bahawa sindiket perjudian telah lama berakar umbi di kebanyakan kawasan urban serta semi urban berpunca daripada sikap tidak bertanggung jawab segelintir pegawai polis di peringkat daerah mahupun negeri.

Oleh itu, pegawai-pegawai yang berintegriti, berdisiplin serta berani amat diperlukan untuk memerangi sindiket perjudian ini secara tuntas.

Ke arah itu, KPN menukarkan pegawai-pegawai yang beliau yakin mempunyai kriteria-kriteria yang diperlukan untuk memerangi aktiviti perjudian, ke jawatan-jawatan yang berkaitan. Dalam masa yang sama, beliau menukarkan serta mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang alpa serta gagal menjalankan peranan mereka untuk menghapuskan aktiviti jenayah tersebut.

Kes rasuah membabitkan pegawai polis di Melaka

Bersangkut pegawai-pegawai polis yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam sindiket perjudian, takkan Sanjeevan tidak tahu bahawa mereka perlu melalui proses perbicaraan yang adil sepertimana beliau sendiri lalui dan kemudiannya dibebaskan sebelum ini?! Namun pelik, KPN pula yang dipersoalkan olehnya, sedangkan tangkapan dibuat oleh SPRM!

Jangan membuka pekung di dada

Oleh itu, Mywatch dan pengerusinya, sebagai NGO pemerhati jenayah, tidak patut melontarkan pelbagai dakwaan yang tidak berasas terhadap KPN dan jabatan polis sewenang-wenangnya. Sayugia, ia haruslah menjadi pemberi maklumat yang boleh membantu pihak polis untuk menumpaskan aktiviti perjudian di seluruh negara secara tuntas, bukannya menjadi pemerhati yang tidak sedar diri dan kesudahannya membuka pekung di dada.


Comments