DAP RAJA PARTI PUTAR BELIT


DAP dilihat sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Setiap saat pemimpin parti itu hanya berfikir untuk mencari kelemahan orang lain berbanding kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sepanjang masa mencari kaedah untuk mensejahterakan rakyat.

Sebagai contoh, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha DAP Pusat memberi alasan tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Pusat semasa banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini.

Itu tidak betul sama sekali dan segala tuduhan DAP itu umpama menangguk di air keruh semata-mata untuk mendapatkan ketelusan politik mereka. Tuduhan tidak berasas dilemparkan DAP terhadap Kerajaan Pusat itu berniat jahat serta bertujuan menimbulkan kekeliruan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN walhal Kerajaan sentiasa menghulurkan bantuan tidak kira negeri di bawah pakatan pembangkang.

Tidak lupa juga, lidah rasmi DAP iaitu  Roket.com pula sentiasa menjadi medium parti DAP untuk menyebarkan propaganda jahat mereka bagi memburukkan Kerajaan dan pemimpin negara.

Pemimpin DAP dilihat ketandusan modal politik sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempengaruhi rakyat dengan fitnah semata-mata untuk meraih simpati daripada pengundi. Mereka kini dalam keadaan terdesak kerana sudah tahu Pakatan Harapan kurang mendapat sambutan rakyat.



Rakyat mula menjauhi dan menolak DAP dan Pakatan Harapan kerana parti ini dilihat hanya mahu menyuntik fahaman politik yang sangat berbahaya kepada rakyat di negara ini. Rakyat perlu menjauhi DAP! dan rakyat perlu menolak parti pemfitnah. 

Comments