DAP MAHU 'ANGKAT' ZAID IBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR KE-16


Datuk Seri Jamal Mohd Yunos mendedahkan DAP didakwa merancang ‘angkat’ Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor baharu jika Pakatan Harapan (PH) berjaya kekal di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Beliau memaklumkan misi tersebut tidak mustahil untuk berlaku ekoranDAP diramal mampu raih majoriti terbesar kerusi DUN berbanding sekutunya sendiri iaitu PKR, PAN dan PPBM.

Perancangan ini mungkin salah satu strategi DAP yang mahu berkuasa di Selangor apabila mendapati Azmin Ali tidak begitu mesra dengan ADUN dan Ahli Parlimen DAP pada waktu ini.

Apa yang kita tahu, Zaid Ibrahim ini adalah orang kuat dan penyokong tegar DAP. Pengalaman yang ada semasa di dalam kerajaan Barisan Nasional dan latarbelakang sebagai pengamal perundangan menjadikanDAP tertarik untuk mempergunakan anak Melayu menjadi MB di Selangor.

Azmin Ali mendapat jawatan MB hanya denga belas ehsan PAS dan ianya bukan mandat seluruh parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu.

Oleh itu, DAP cuba mengambil peluang dan mula menyusun serta mencipta ikon MB Selangor yang baharu bagi dibawa di dalam kempenDAP di seluruh Selangor.

DAP juga dikatakan yakin akan memenangi banyak kerusi di DUN Selangor. Jika PH berjaya sekali lagi DAP akan ada kerusi paling banyak dan mereka akan menuntut wakil rakyat daripada DAP jadi Menteri Besar.

Untuk rekod, DAP ‘kempunan’ apabila gagal menamakan mana-mana wakil rakyatnya kerana Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri itu mewajibkan calon menteri besarnya mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Namun Zaid mempunyai masalah dengan pihak Istana Selangor apabila dia mempertikai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu menerusi wawancara dua akhbar ternama mengkritik Mahathir sebagai biadab kerana enggan mohon maaf dalam isu sensitif.

Comments