DAP GHAIRAH RAMPAS PERAK UNTUK DIJADIKAN PULAU PINANG YANG KEDUA. JANGAN HARAP DAPAT RAMPAS PERAK!!!



Rakyat Perak dinasihatkan tidak terpedaya dan terpengaruh dengan dakwaan kononnya negeri Perak akan jatuh ke tangan parti pembangkang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum nanti. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata dakwaan sedemikian rupa adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pembangkang Pakatan Harapan untuk menumbangkan dan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional bagi meraih undian dan sokongan rakyat. 

Semua sedia maklum dari dulu sehingga sekarang Perak di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menjadi sebuah negeri yang aman, stabil, tiada masalah yang besar dalam negeri, rakyat hidup penuh nikmat dan keperluan semuanya mencukupi jadi tidak ada sebab rakyat mahu tolak Kerajaan Barisan Nasional. Dengar khabar sekarang ini DAP dan Pakatan Harapan ghairah mahu dapatkan Perak dalam Pilihan Raya Umum nanti. Mereka mahu memastikan pilihan raya umum nanti Perak berada dalam tangan mereka sekaligus menakluk Perak.

Angan-angan Mat Jenin Lim Kit Siang dan DAP yang mula bercita-cita besar dan berjinak-jinak mahu menawan Perak. Pemimpin diktator 51 tahun itu pernah berkata sebelum ini mereka mahu menakluk Perak. Sudah pastinya Perak akan menjadi Pulau Pinang yang kedua selepas ini. Perak kini sudah begitu pesat dan membangun dari segi kemajuan dan pembangunan yang sangat pesat. DAP hanya mahukan negeri yang kaya sahaja tidak lain tidak bukan sekarang ini Perak negeri yang mampu memberikan pulangan dan manfaat kepada mereka. DAP mahu menawan dan mengambil alih Perak sebagaimana yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang. 

Kita mungkin tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh DAP terhadap Perak jika mereka berjaya menawan dan mengambil alih Perak. Bukan mustahil Perak juga akan menjadi seperti Pulau Pinang jika DAP berjaya menguasai Perak. Kita lihat sahaja apa sudah jadi dengan Pulau Pinang. Berkemungkinan besar Perak akan menjadi seperti Pulau Pinang, lihat sahaja hutang kerajaan negeri Pulau Pinang semakin meningkat, tanah-tanah habis digadai dan dijual, para pelabur akan hilang kepercayaan dan kilang ditutup sehinggakan rakyat hilang pekerjaan, gerai-gerai dan rumah-rumah orang Melayu dirobohkan dan dimusnahkan. Perak juga akan menerima nasib yang sama andai kata negeri berkenaan diambil alih oleh DAP dan Pakatan Harapan. 

Orang Perak seharusnya sedar mulai sekarang DAP dan Pakatan Harapan akan berusaha dan sanggup melakukan apa sahaja demi menawan Perak. Begitu juga dengan pemimpin dan seluruh anggota UMNO di Perak seharusnya terus mempertahankan negeri Perak pada pilihan raya umum akan datang. Kesimpulannya kita seharusnya memastikan Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan kalah di Perak. Semua rakyat Perak seharusnya bergabung tenaga untuk pastikan negeri Perak menjadi kubur kepada Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan. Kita sebagai rakyat Perak perlulah memastikan Perak akan terus menjadi simpanan tetap Barisan Nasional. 




Comments