DAP GHAIRAH GUNA WANITA MELAYU ISLAM UNTUK POLITIK!! UMNO SATU-SATUNYA KERAJAAN YANG MEMARTABATKAN KAUM WANITA!!!



DAP ghairah mempergunakan dan memperalatkan anak-anak gadis Melayu yang menyertai Parti Tindakan Demokratik DAP perkara yang sama sekali tidak boleh dimaafkan. Perbuatan dan tindakan anak-anak gadis Melayu ini sangat hina lebih daripada menjadi pelacur yang mencari sesuap nasi melalui pekerjaan. 

Anak-anak gadis Melayu seperti Dyana Sofya graduan undang-undang UiTM sanggup memasuki DAP memperjuangkan dasar parti DAP iaitu penghapusan pembahagian antara bumiputera dan bukan bumiputera. Syefura gadis Melayu bertudung turut menjadi mangsa DAP yang turut sama mendaftar ahli seumur hidup DAP, sehingga sanggup berikrar dan berhasrat mahu menghapuskan hak-hak orang Melayu. Syefura mendakwa dirinya memilih DAP kononnya DAP parti yang menyediakan wadah perjuangan. Seterusnya yang menjadi mangsa DAP Melati yang juga kononnya mendakwa dirinya memilih DAP kerana wawasan dan asas DAP yang menarik walaupun dirinya berimej Islamik. 

Mereka inilah anak-anak gadis Melayu yang sangat mudah diperdaya dan diperalatkan oleh DAP disebalik perjuangan kesamarataan, liberalisasi dan keadilan. Kita biarkan sahaja mereka sampai saat nanti mereka akan  sedar diri mereka diperlakukan seperti Tunku Abdul Aziz dan Aspan Alias yang mereka hanya menjadi bidak catur politik cauvinis DAP yang bertopengkan perjuangkan ketelusan dan keterbukaan. 

Cuba kita lihat UMNO terus memperjuangkan golongan wanita dalam pelbagai bidang dan menyediakan inisiatif sebagai contoh dalam bidang perniagaan melalui Skim mikro kredit, Tabung Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga, SME Corp dan banyak lagi. 

Malah Kerajaan juga turut menggalakkan wanita menceburi peluang perniagaan malah lebih banyak bantuan dan dana khusus disediakan oleh kerajaan untuk membantu wanita profesional dalam bidang perniagaan. Perancangan kerajaan untuk terus memartabatkan wanita sehinggakan sekarang ini kita telah banyak melihat wanita mencapai banyak kemajuan dari segi penglibatan wanita dalam bidang pendidikan, penglibatan dalam sektor pekerjaan dan pelbagai isu lagi. 

Kesimpulannya hanya UMNO sahaja satu-satunya kerajaan yang memperjuangkan hak-hak wanita dan memartabatkan maruah dan masa depan kaum wanita jika dibandingkan dengan kaum wanita DAP yang dipergunakan dan diperalatkan oleh DAP demi kepentingan politik dan agenda peribadi mereka sendiri.

Comments