LIM Guan Eng dalam sidang medianya semalam memaklumkan DAP bakal mengumumkan calon PM Pakatan Harapan pada bulan Januari tahun hadapan.
Setelah beberapa kemelut melanda Pakatan Harapan, akhirnya DAP memberanikan diri untuk mengumumkan secara bersendirian calon PM mereka.
Pada peringkat awal, Pakatan Harapan mahu mencalonkan Anwar Ibrahim yang masih di dalam penjara. Namun Anwar Ibrahim akhirnya telah menarik diri kerana dia tahu dirinya mungkin tidak dapat dibebaskan sebelum PRU-14.
Walaupun dibebaskan, dirinya juga tidak layak untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya sebagaimana peruntukan undang-undang SPR.
Kemudian, Pakatan Harapan mencalonkan Wan Azizah dan Tun Mahathir sebagai calon PM mereka yang terbaru. Akan tetapi ramai netizen dan penyokong PH tidak bersetuju dengan kedua-dua calon kerana dianggap lemah dan tidak mampu membawa PH ke landasan lebih baik. Banyak buruk dari baiknya.
Hasrat DAP untuk mengumumkan calon PM Pakatan Harapan adalah bagi memastikan bakal PM Malaysia itu boleh dikawal dan akur dengan setiap keputusan yang diputuskan oleh DAP.
Pada masa yang sama, jika PM dari kalangan mereka yang boleh dikawal dan boleh di'control', PM Malaysia tersebut boleh diibaratkan sebagai 'boneka DAP' sahaja. Lihat sahaja peranan Azmin Ali yang telah dicucuk hidungnya di Selangor.
Bila semua sudah di dalam genggaman dan sudah dikawal, sudah tentu DAP juga akan memastikan halatuju negara mengikut kehendak dan telunjuk mereka. DAP akan memastikan segala perancangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular dan Republik akan tercapai.
Comments
Post a Comment