Tun Mahathir Mohamad menaruh keyakinan kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat AS Donald Trump membatalkan pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berharap Persidangan Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bakal dihadiri Najib di Istanbul 13 Disember ini dapat menghasilkan keputusan positif dalam mendesak AS menarik balik keputusan pengisytiharan tersebut.
Perdana Menteri berlepas ke Istanbul pada 12 Dis 2017 untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC bersama pemimpin dunia Islam bagi membincangkan permasalahan yang berlaku di Baitulmaqdis.
Selain itu, Perdana Menteri juga membawa mesej Malaysia yang menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Para delegasi dan rakyat Malaysia percaya bahawa hubungan baik antara Perdana Menteri dengan Presiden Amerika itu dapat membantu bagi mempertahankan antara 3 kota suci umat Islam.
Comments
Post a Comment