Sejak kebelakangan ini marah dendam membara dua beranak dalam DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Kemarahan mereka yang membuak-buak seperti mana dalam babak cerita Gengster atau cerita aksi yang selalu terpancar di kaca televisyen kita.
Kadang-kadang marah dendam yang membara nampak seolah-olah direka dan hanya untuk menagih simpati kepada penyokong-penyokong tegar mereka kononnya kerajaan zalim dan kejam terhadap dirinya.
* Kemarahan dan dendam Kit Siang yang boleh diibaratkan sebagai cacing kepanasan kerana pertamanya tembelang Kit Siang yang mahu menjadi Perdana Menteri pecah.
* Ahli UMNO dan orang Melayu Bumiputera telah diingatkan tentang kemusnahan dan malapetaka serta bencana yang bakal diakibatkan oleh DAP di bawah Dinasti Lim Kit Siang jika Pakatan Harapan berjaya memerintah.
*Pembohongan dan penipuan DAP dan Pakatan Harapan selama ini telah terdedah.
Yang terbaru pula, Panel Pemikir JASA, Tun Faisal Ismail Aziz memaklumkan bahawa Kit Siang telah membuat kenyataan dengan pembohongan dan penipuan di mana gaji Puad lebih tinggi daripada menteri kerana kononnya dakwaan Lim Kit Siang Puad hanya perlu melapor kepada Perdana Menteri dan mempertahankan Perdana Menteri.
Namun hakikatnya penasihat psikiatri dan penasihat strategi DAP yang meminta menjadi RAJA KEMARAHAN. Ini kerana mereka perli berbuat demikian untuk meraih undian dan sokongan rakyat serta penyokong-penyokong tegar mereka. Apabila rakyat tengok kemarahan Lim Kit Siang dan DAP kononnya diperlakukan dan dihentam oleh kerajaan, sudah pasti akan dapat simpati rakyat serta penyokong-penyokong tegar mereka untuk mengundi mereka pada pilihan raya umum nanti. Inilah konsep yang digunapakai oleh Lim Kit Siang dan DAP.
Tetapi berbeza pula apabila kita melihat dan membandingkan dengan taktik pemimpin di pihak kerajaan. Kerajaan tidak pernah menggunakan cara dan strategi berkenaan untuk meraih undian dan sokongan rakyat.
Kesimpulannya pemimpin Kerajaan Barisan Nasional akan menunjukkan prestasi mereka dan ketokohan mereka melalui usaha melestarikan kesejahteraan untuk rakyat dari aspek ekonomi, politik, sosial dan keselamatan.
Comments
Post a Comment