BERDOSA SEKIRANYA DENGAN SENGAJA MEMBIARKAN AGAMA ISLAM DIHINA



Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, haram jika umat Islam secara keseluruhannya tidak bertanggungjawab dan main peranan sehingga Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa jatuh ke tangan orang bukan Islam.

Umat Islam khususnya adalah berdosa sekiranya dengan sengaja membiarkan agama Islam dihina. Umat Islam wajib bersatu-padu mempertahankan tempat suci Islam itu yang sejak dahulu menjadi rebutan.

Pengiktirafan ditetapkan Trump yang memperakui Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel perlu dijadikan iktibar agar umat Islam terus kekal penyatuan ummah.

Beliau turut menyarankan agar umat Islam di negara ini terus memainkan peranan masing-masing bagi mengembalikan Baitulmaqdis dalam pelbagai cara.

Selain itu, kita boleh guna kekuatan ekonomi bagi melumpuhkan mereka, kerana kuasa membeli umat Islam besar dan bilangannya teramai di dunia.

Sekurang-kurangnya kita berdoa kepada ALLAH SWT agar pengiktirafan tersebut dibatalkan atau ditarik balik.

Comments