BEKAS NEGARAWAN - JASAMU TETAP KAMI KENANG SAMPAI BILA-BILA, PENGKHIANATANMU JUGA TIDAK KAMI LUPAKAN!



Semasa di zaman pemerintahan Tun M, air pemedih mata menjadi senjata utama untuk memisahkan perusuh atau pendemonstrasi jalanan bagi membela Anwar Ibrahim.

Malah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga menjadi senjata senyap untuk menutup mulut dan mematikan watak pengkritik salah laku pentadbirannya selama 22 tahun berkuasa.

Pemerintahan Tun M juga disifatkan sebagai "kuku besi" oleh pemimpin pembangkang kini disokong oleh mereka yang dahagakan sokongan politik dari bangsa Melayu dan sokongan dari mereka yang kononnya kecewa dengan pemerintahan yang sedia ada.

Kami sebagai rakyat Malaysia sebenarnya tidak pernah melupakan jasa Tun M membangunkan negara dari sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara industri yang berpendapatan sederhana.

Namun, atas pengkhianatan yang telah dilakukan Tun M jugalah rakyat kini mula merasakan gelaran NEGARAWAN yang diterimanya sebelum ini tidak lagi layak untuk dirinya.

Namun kini kami mempunyai NEGARAWAN yang baru iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abd Razak yang sentiasa merasai denyut nadi rakyat.

PM Najib tidak mengamalkan kronisme dan napotisme. Pada masa yang sama, misi dalam pentadbirannya adalah 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Ini jelas terbukti apabila sebanyak 97% Aku Janji Barisan Nasional yang telah diumumkan pada Pilihanraya Umum (PRU)-13 telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional dan kerajaan.

Setiap pemimpin mempunyai eranya. Ayuhlah bersama PM Najib mencapai kegemilangan dan mempertahankan keamanan yang sedia ada selama ini. Usah dirosakkan nikmat keamanan tersebut dengan misi politik peribadi yang hanya merugikan bangsa dan agama kita.

Comments