AZWAN ALI LAPOR SPRM DAN SERAH BUKTI PENYELEWENGAN, SALAH LAKU DAN KEHIDUPAN MEWAH MELAMPAU ABANGNYA



Selepas beberapa siri pendedahan yang dilakukan oleh Umie Hafilda Ali, kini tiba giliran Azwan Ali yang dilihat semakin berani apabila muncul di Pejabat SPRM dengan membawa 'bukti' mengenai penyelewengan, salah laku dan kehidupan mewah melampau yang dikatakan ada kaitan dengan abangnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bukti yang diserahkannya itu dikatakan telah lama disimpannya sejak awal penglibatan dirinya dalam dunia seni, sekitar 30 tahun lalu.

Azwan telah bertemu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki bagi menyerahkan dokumen berkaitan. Manakala pegawai penyiasat juga turut mengambil keterangan darinya.

Mesej Azwan Ali selepas beredar dari Pejabat SPRM, dia memaklumkan bahawa SPRM tiada kaitan dengan mana-mana parti politik. Apa yang lebih menarik lagi Azwan Ali juga menegaskan bahawa ramai lagi artis tanahair yang menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Antara punca dirinya terpanggil untuk membuat laporan kepada SPRM adalah kerana dia sedar ebagai umat Islam beliau mencuba sedaya upaya menyempurnakan tanggungjawabnya untuk memperbetulkan situasi-situasi yang semakin mencurigakan.

"Amal makruf nahi mungkar itulah misi Azwan Ali kerana dia berpegang teguh sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.

Comments