AZMIN ALI TIDAK DISUKAI PEMIMPIN DALAM PAKATAN HARAPAN


Kita semua tahu bahawa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali adalah seorang yang bersifat egoistik dan pentingkan diri sendiri. Perkara ini dapat dizahirkan melalui corak pentadbiran Azmin Ali yang jelas menampakkan sikapnya yang suka mengarah dan memerintah mengikut corak dan gayanya sendiri tanpa merujuk kepada gandingan parti komponen Pakatan Harapan yang lain. Di dalam Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri, beliaulah yang paling berkuasa untuk memberi arahan dan melaksanakan apa jua perkara di Selangor, parti komponen lain seolah-olah tiada kuasa dan peranan di Selangor.

Jesteru kerana sikap inilah, beliau tidak disukai di kalangan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan itu sendiri yang melihat Azmin Ali sebagai seorang pemimpin yang suka memilih untuk mengikut caranya sendiri dan bukannya bergerak sebagai satu pasukan. Antara pemimpin yang tidak menyukai cara Azmin Ali ialah, Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Lim Guan Eng.

Sebenarnya, Azmin Ali masih mengharapkan PAS untuk berkuasa kerana beliau tahu AMANAH adalah parti yang lemah dah tidak boleh pakai. Oleh yang demikian, Azmin Ali dilihat cenderung untuk tidak bersama AMANAH di Selangor dan sering kali mempertahankan parti PAS. Tujuannya berbuat demikian adalah untuk memastikan beliau terus mendapat sokongan walaupun PKR kini tidak bersama PAS. Nampak sangat Azmin Ali cuba menyelamatkan kariernya terlebih dahulu dengan cuba berbaik dengan PAS. Di Selangor, AMANAH dilihat seperti anak tiri kepada Azmin Ali dan sering kali dipinggirkan. 

Ramai pemimpin Pakatan Harapan sangat tidak berpuas hati dengan cara layanan MB Selangor itu dan tidak mustahil kini sudah wujud kumpulan haluan kiri yang akan menentang Azmin Ali. Pendek kata,PKR janganlah berasa terkejut kerana sikap Azmin Ali itu sendiri menyebabkan wujudnya perancangan untuk membunuh karier politik MB Selangor itu. Jangan terkejut jika orang-orang yang menjatuhkan Azmin Ali itu datangnya dari Pakatan Harapan itu sendiri!

Comments