AWAS DENGAN STRATEGI DAP YANG AKAN MENUKARKAN AHLI PARLIMEN GELANG PATAH KE PARLIMEN LAIN



Laungan keyakinan Barisan Nasional untuk menawan semula Parlimen Gelang Patah yang jatuh ke tangan DAP pada PRU-13 yang lepas semakin membara.

Laungan tersebut disambut pula dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat yang dikatakan sudah menunjukkan reaksi positif dengan menyatakan pendirian untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional pada PRU-14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Sejak Lim Kit Siang memenangi kerusi itu pada PRU-13 lepas, wakil rakyat itu dilihat jarang sekali turun padang bertemu rakyat, apatah lagi membantu menyelesaikan isu dan permasalahan rakyat.

Pengundi Gelang Patah yang terdiri dari Cina dan Melayu sudah sedar dengan sikap pembangkang. Setiap kali berlaku masalah, mereka akan mencari wakil BN dahulu dan bukan parti pembangkang kerana Lim Kit Siang tidak dapat menyelesaikan masalah mereka.

Lim Kit Siang yang sibuk dengan aktviti DAP pusat sebenarnya tidak mesra pengundi dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen. 

Diharap pengundi di Parlimen Gelang Patah dan pengundi di seluruh Johor amnya sedar bahawa negeri mereka menjadi perhatian untuk dirampas dan dikawal oleh DAP dan Pakatan Harapan. 

Jika negeri pengasas kepada Umno ini tumbang dan jatuh kepada Pakatan Harapan, Melayu dan Islam akan terus terhakis. Manakala maruah dan segala keistimewaan yang dikecapi oleh rakyat selama ini akan musnah sebagaimana yang telah terjadi di Selangor dan Pulau Pinang.

Comments