ANWAR TIME OVER, RAKYAT MALU BESAR KALAU ANWAR JADI PM!!!



Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah membidas penyokong Pakatan Harapan yang kononnya mendakwa masa untuk suaminya dalam arena politik telah pun berakhir. Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen kononnya mendakwa suaminya itu masih lagi relevan sehingga ke hari ini dan jangan ada sesiapa atau mana-mana pihak yang berkata bahawa masa Anwar dalam politik telah tamat atau ''time over''.

Wan Azizah tolonglah jangan perasan sangat, untuk pengetahuan Wan Azizah rakyat Malaysia akan malu besar sekiranya Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia. 
Kalau kita kaji dan renung dan renung sejenak untuk melantik seseorang itu menjadi Perdana Menteri sikap seseorang pemimpin yang sepatutnya dilantik dari orang-orang yang BERSIH dan bukannya Perdana Menteri dilantik daripada seseorang yang terlibat dengan skandal Liwat. 

Kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan BERSIH  di mana seseorang Perdana Menteri itu seharusnya terhindar dari sebarang kes dan jenayah yang berat dan ringan lebih-lebih lagi terhindar daripada pelbagai skandal dan spekulasi yang buruk terhadap diri dan keluarganya. Bukan setakat BERSIH dari luaran malahan BERSIH dari luaran juga. Bagaimana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri? Untuk menjadi seorang Perdana Menteri seseorang itu mestilah bertenaga dan berwawasan tinggi untuk memartabatkan Agama, Bangsa dan Negaranya. 

Anwar Ibrahim ini tidak sesuai langsung untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau sendiri bersikap, gila mahu menjadi Perdana Menteri semula. Ada hati Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri, sedangkan beliau sudah dikenakan tindakan undang-undang jenayah atas perbuatan liwatnya tetapi ada hati mahu diangkat sebagai Perdana Menteri oleh penyokongnya. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri semuanya disebabkan beliay mahu memperjuangkan keluarga, misi membalas dendam dan mengumpul harta dan semua hanya berlaku di Malaysia sahaja.  Dan apa yang pelik lagi penyokong dan pentaksubnya juga akan terus menerus memberikan sokongan yang membuta tuli kepada Anwar Ibrahim sehingga sanggup berguling-guling di atas jalan raya dan berdemonstrasi kerana mahu menegakkan Anwar .

Kesimpulannya rakyat malu mengangkat Anwar jadi Perdana Menteri, hanya penyokong dan pentaksubnya sahaja yang mahu menegakkan benang yang basah dan mereka inilah yang tidak mampu berfikiran positif seterusnya hanya tahu mencaci serta menyalahkan pemerintah dan  kerajaan. Hakikatnya masa Anwar sudah time over kerana rakyat tidak sanggup malu dan tebal muka kerana penyokong penjenayah liwat untuk menjadi pemimpin dan Perdana Menteri. 





Comments