ANWAR IBRAHIM HANTAR PENASIHAT UNDANG-UNDANGNYA UNTUK CAMPURI URUSAN PENTADBIRAN NEGARA



Kimberly Motley, penasihat undang-undang Anwar Ibrahim mahu berjumpa Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan kesihatan Anwar Ibrahim.

Namun pada hakikatnya, Kimberly sebenarnya diupah oleh Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasannya dari Penjara Sungai Buloh dengan segera bagi membolehkan dirinya layak bertanding pada PRU-14 yang akan datang.

Kerajaan Malaysia yang berdaulat tidak pernah menerima campurtangan pihak luar dalam urusan penahanan Anwar Ibrahim.

Penahanan Anwar Ibrahim adalah mengikut prosedur undang-undang yang sah dan Kimberly tidak sepatutnya mencampuri urusan penahanan atas jenayah liwat yang telah dilakukan oleh anak guamnya.

Tiada keistimewaan diberikan kepada pesalah atau banduan di negara ini untuk dibebaskan awal melainkan mereka telah mendapat pengampunan dari Yang DiPertuan Agong (YDPA).

Sebelum ini pihak peguam yang mewakili keluarga Anwar Ibrahim juga telah memohon rayuan dan pengampunan dari pihak Istana. Namun, permohonan tersebut dikatakan belum mendapat perkenan di bawah duli Tuanku.

Anwar Ibrahim sepatutnya menghabiskan tempoh tahanannya selama 5 tahun agar boleh menjadi contoh kepada pesalah lain. Sepanjang tempoh 5 tahun itu, Anwar Ibrahim sepatutnya boleh menginsafkan dirinya setelah melakukan kesalahan dengan melanggar jenayah luar tabi'i seperti liwat.

Comments