Izzana Salleh anak muda yang berdiri tanpa kasut pada ketinggian 5 kaki 9 insi atau 176 sentimeter (cm), pantas menarik perhatian sesiapa sahaja yang terpandang kelibatnya di tengah-tengah lautan pengunjung yang membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini. Anak gadis muda ini memiliki susuk tubuh yang langsing apatah lagi ditambah dengan rupa paras ala artis Bollywood memberikan seribu satu bonus yang membuatkan ramai yang menoleh dua kali untuk melihat gadis tinggi lampai ini.
Bagi ahli dan penyokong setia UMNO Izzana 31, walaupun beliau tidak dikenali secara peribadi pastinya akan mengingatkan mereka kepada contoh wanita yang tidak asing lagi dalam parti itu yang kini menerajui Pergerakan Wanita UMNO siapa lagi kalau bukan Izzana puteri bongsu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ijat.
Izzana bukanlah calang-calang orang, beliau mengambil ijazah pertama di Universiti Cal State, Pamona di Amerika Syarikat (AS) dan kini beliau telah menyambung pengajian peringkat sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Harvard. Ini membuktikan anak muda seperti Izzana bijak dalam memastikan gelombang penolakan dan kebencian terhadap DAP dan Pakatan Harapan kini semakin terserlah dan semakin mendekati parti komponen Barisan Nasional terutamanya UMNO.
Perjuangan dan matlamat gabungan Pakatan Harapan samar-samar dan tidak mempunyai hala tuju yang sebenar sehingga membuatkan ramai terutamanya golongan anak muda mula muak dan bosan dengan sikap segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang tamakkan harta, jawatan dan kuasa semata-mata. Mereka sama sekali tidak mempedulikan nasib dan hak rakyat apatah lagi mahu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat di ceruk-ceruk kampung dan di kawasan pedalaman. Anak-anak muda janganlah mudah sangat terpedaya dengan fitnah, tipu daya dan hasutan pembangkang kerana ianya akan hanya melemahkan sesebuah institusi dan mengeruhkan pemikiran rakyat dengan perkara negatif dan tidak bermanfaat demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Kesimpulannya anak gadis muda seperti Izzana membuat pilihan bijak dan sentiasa berfikiran positif terhadap apa juga tindakan kerajaan dalam membangunkan dan memajukan negara. Kita harapkan anak-anak muda akan mengikut jejak langkah Izzana untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Comments
Post a Comment