AHLI NUJUM RAFIZI RAMLI BERSUARA LAGI! HANYA DENGAN RESPONDEN 5K DIA SUDAH BOLEH MENDAPAT TAHU ARAH SOKONGAN ORANG MELAYU TERHADAP UMNO DAN PAS


Sekali lagi, Rafizi Ramli melalui NGO mengarutnya mendedahkan kajian mereka yang tidak masuk akal. Kempen Bina Semula Negara yang gagal dan membazir wang penderma sebelum ini merupakan tanda-tanda perjuangan Rafizi dan Invoke yang membuang masa dan sia-sia.

Kali ini, Rafizi dan kajian Invoke pula meroyan lagi dengan mendedahkan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada UMNO dan PAS merosot. Mungkin kajian ini dibuat bagi menyedapkan hati Rafizi yang luka lara kerana Pakatan Harapan makin dipinggirkan oleh Rakyat. Contoh sudah ada, Rafizi tidak hadir perhimpunan Kleptokrasi di Selangor kerana tahun perhimpunan itu tiada sambutan.

Hasil kajian mengarutnya itu mendapati 41 peratus daripada pengundi Melayu di seluruh negara menyatakan akan mengundi UMNO jika Pilihan Raya Umum dipanggil dan berlaku pertandingan tiga penjuru. Tahap sokongan pengundi kepada Pas telah jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan. Entah dari mana indicator dan penanda aras kajian yang diambil itu. Tidak mustahil hanya cakap-cakap kosongnya saja.

Kajian ini dilakukan di seluruh negara itu melibatkan 5,000 orang pengundi berdaftar yang dipilih secara rawak oleh sistem komputer. Kajian ini dijalankan di antara 5 hingga 13 Disember 2017, sementara kaji selidik di peringkat parlimen dijalankan di antara 6 November hingga 15 Disember 2017. Amat mengelikan hati kerana berdasarkan kepada 5,000 orang berbanding dengan 32 juta rakyat Malaysia Rafizi dan Invoke sudah memandai membuat jangkaan luar biasa yang tidak masuk akal!



Comments