WARISAN SEBAGAI PROKSI PPBM, PERJUANGAN MENYELAMATKAN RAKYAT SABAH ATAU PERJUANGAN MENCAPAI CITA-CITA SENDIRI?



Mahathir, Muhyiddin dan Shafie Apdal mereka bertiga adalah individu yang paling lantang dalam menghasut rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO, dan menentang kepimpinan Najib. Mahathir tokoh yang disegani dulunya dan ditakuti setiap pemimpin tidak kira dari UMNO, BN malah pakatan pembangkang sendiri menubuhkan PPBM hanya untuk menggulingkan Najib semata-mata. 

Muhyiddin dan Shafie Apdal pula dua orang pemimpin yang bercita-cita besar di mana seorang berangan hendak jadi Perdana Menteri dan seorang lagi berhajatkan kerusi Ketua Menteri Sabah. Mahathir gagal memperkasakan kehidupan pribumi di Malaysia, dan di Sabah pula Parti Warisan oleh Shafie Apdal kononnya hendak selamatkan rakyat Sabah, sedangkan dirinya sendiri gagal Selamatkan selama berada di dalam UMNO. 

Realitinya Warisan adalah proksi Mahathir malah sebelum ini Muhyiddin sendiri pernah mengakui Warisan mempunyai hubungan yang rapat dengan PPBM persis abang dan adik. Apa-apa pun Shafie Apdal telah melakukan tugas dan kerja dengan baik terutama dalam menghasut dan menumbangkan Najib sebelum ini. 

Kalau kita dapat fikirkan semula Warisan sangat takut apabila parti itu dikaitkan dengan Mahathir, dan pada masa yang sama Warisan dan Cytro-Cytro Upahan Warisan semuanya dilihat begitu akur dan menyanjungi Mahathir. Bukankah sepatutnya mereka memberikan kesetiaan yang sepenuhnya kepada Shafie Apdal selaku Presiden Warisan, namun kalau dilihat ahli-ahli Warisan kebanyakkannya gagal menghormati Shafie Apdal selayaknya.

Kononnya alasan sebenar Shafie Apdal dan Warisan tidak mahu dikaitkan dengan Mahathir kerana kebencian rakyat Sabah terhadap Mahathir sebelum ini. Rakyat Sarawak juga turut berkongsi perasaan yang sama terhadap Mahathir, diktator yang paling berkuasa di Malaysia selama 22 tahun. Selama Mahathir menjadi Perdana Menteri, Sabah dan Sarawak telah dibiarkan dan dianaktirikan menganggap Sabah dan Sarawak tidak terpenting Semenanjung Malaysia.

Inilah yang membuatkan Warisan dan Shafie Apdal tidak senang duduk kerana dikaitkan dengan pemimpin yang dibenci oleh rakyat yang ingin selamatkan beliau atau lebih tepat lagi rakyat yang akan menjadikan beliau Ketua Menteri Sabah. 

Inilah yang sebenarnya agenda utama Mahathir, Muhyiddin dan Shafie untuk mencapai agenda politik dan kepentingan peribadi mereka, mereka sanggup berbuat apa sahaja menipu, menghasut, membuat tandatangan palsu, membayar sejumlah wang kepada pelobi DOJ, mengarahkan Khairuddin dan Mathias ke seluruh dunia utk memburukkan dan menjatuhkan nama baik DS Najib, menyertai demo Bersih, dimana Mahathir satu masa yg lalu mengharamkannya, dan paling menyedihkan apabila berganding-bahu dgn DAP, musuh ketat UMNO Bn sejak dahulu kala, dan inilah titik terakhir bagi para ahli UMNO, satu pengkhianatan terbesar bagi mereka yg pernah menghormati beliau.

Realitinya Rakyat Sabah perlu buka mata, dan buka hati, kerana dibawah pentadbiran DS Najib, Sabah dan Sarawak kini boleh maju selangkah dan seiring dengan negeri2 lain di Semenanjung. Jangan serahkan masa depan Sabah kepada petualang2 Warisan dan PPBM, yg mempunyai agenda tersembunyi.

Comments