WAKIL RAKYAT DAP PUJI KERAJAAN NEGERI BERI PERHATIAN KEPADA PEMBANGUNAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA DI JOHOR


Tentu, pemimpin-pemimpin tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berasa tidak senang dengan tindakan wakil rakyatnya yang menyokong dan memuji tindakan kerajaan negeri lebih-lebih lagi ianya parti Barisan Nasional.

Seperti biasa anda lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang! Apa jadi kepada ADUN atau wakil rakyat Pakatan Harapan seperti PKR yang menyokong usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyekat projek penambakan laut di Pulau Pinang. Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang menyekat bantuan banjir kepada ADUN berkenaan sebagai tindak balas kepada tindakan mereka menyokong BN. ADUN tersebut ialah Cheah Kah Peng (PKR) dan Salleh Man (PAS).

Seorang wakil rakyat DAP hari ini memuji kerajaan negeri kerana turut memberikan perhatian, sekali gus memberi peruntukan untuk pembangunan masyarakat Cina dan India di negeri ini. Ee Chin Li (DAP-Tangkak) semasa membahaskan ucapan Bajet Johor 2018 merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi peruntukan keseluruhan berjumlah RM15 juta iaitu sejumlah RM7 juta untuk pembangunan masyarakat Cina dan RM8 juta bagi masyarakat India.

Chin Li turut memuji langkah serta usaha kerajaan negeri untuk memartabatkan masyarakat menerusi penggunaan teknologi digital supaya Johor selari dengan Revolusi Industri ke-4. Apa pula nasib ADUN DAP ni selepas ini? Dibeku atau disenarai hitamkan oleh keluarga Dinasti Lim. Bukti sudah ada, sesiapa yang menyokong dasar Kerajaan BN semestinya akan menerima balasannya!

Comments