UNDI PAKATAN HARAPAN SAMA DENGAN MERESTUI KEZALIMAN DAP



Baru-baru ini Senator DAP, Dr Ariffin Omar berazam mahu melenyapkan PAS sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kononnya demi untuk menyelamatkan Malaysia. Senator DAP Dr Ariffin Omar berkata jika mahu Malaysia selamat, sila pastikan bahawa PAS dilenyapkan terus dihapuskan sepenuhnya dalam PRU ke-14.

Begitu bencinya Senator DAP terhadap PAS sehingga mahu lihat PAS lenyap terus dalam PRU 14. DAP  punca kepada kerosakan system negara, pengurangan kuasa Raja-Raja Melayu, amalan demokrasi yang tempang. 

Realitinya undian terhadap PAKATAN HARAPAN adalah sama sahaja seperti mengundi BARISAN NASIONAL. Undian terhadap PAKATAN HARAPAN adalah bersamaan dengan mengundi dan mengiakan kezaliman DAP.

Janganlah kita lupa kezaliman DAP sebagai contoh lihat sahajalah bagaimana sengsaranya mangsa banjir di Pulau Pinang selama berada di bawa rejim DAP. Kita jangan lupa apa yang dilakukan oleh DAP selama ini. 

Apa yang jelas perjuangan DAP hanyalah mahu menjatuhkan dan menumbangkan Najib sahaja bukannya demi Malaysia ataupun rakyat. Hakikatnya mengundi DAP, PKR, AMANAH dan PPBM adalah mengundi dan mengiakan kezaliman DAP.

PAS sendiri menunjukkan pendirian tegas mereka untuk tidak menyokong DAP mahupun  PAKATAN HARAPAN. PAS enggan bekerjasama dengan parti itu kerana hubungannya dengan Parti Amanah Negara dan DAP. 

Kesimpulannya rakyat seharusnya sedar dan tidak lagi mengundi DAP dan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah berlaku terhadap nasib malang rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP. Kita janganlah mengulangi lagi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Bak kata pepatah Melayu; Jangan menang sorak! Kampung tergadai!

Comments