TIDAK PERLU KE LUAR NEGARA, DAPATKAN RAWATAN TERBAIK DI MALAYSIA



Kecoh dalam seminggu dua ini mengenai pembedahan yang akan dijalani oleh Anwar Ibrahim atas kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan ketika menaiki kenderaan Penjara Sg Buloh.

Sebelum urusan pembedahan itu berlaku, pihak keluarga Anwar Ibrahim telah mengemukakan permohonan untuk melakukan pembedahan tersebut di hospital luar negara. Namun permohonan tersebut ditolak oleh Pentadbiran Penjara dan Menteri KDN.

Pihak yang mengemukakan permohonan tersebut iaitu keluarga Anwar Ibrahim dan para peguamnya mula marah dengan jawapan yang diberikan. Mereka cuba membandingkan layanan yang diberikan sewaktu ditahan ISA dengan penahanan kes liwat pada kali ini.

Kemudian keluarga Anwar Ibrahim cuba menimbulkan persepsi buruk terhadap sistem rawatan yang doktor pakar yang berkhidmat di hospital kerajaan.

Mereka sepatutnya sedar bahawa Anwar Ibrahim statusnya kini masih banduan atas kesalahan liwat. Berbeza semasa Anwar Ibrahim di tahan ISA, kerana pada ketika itu Anwar Ibrahim telah menerima keampunan dan dibebaskan awal oleh Tun Abdullah selaku Menteri KDN dan Perdana Menteri.

Walaupun kerajaan menolak cadangan keluarga Anwar Ibrahim untuk mendapatkan rawatan di luar negara, Datuk Seri Zahid Hamidi telah memberi jaminan bahawa Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah kesihatan di Penjara Sungai Buloh, Selangor, diberikan rawatan yang terbaik.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah yang memenuhi permintaan Anwar dan keluarganya berhubung perkara itu.

Comments