TIADA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM, PPBM DIBUBARKAN



Selama ini Pengerusi PPBM Mahathir didesak agar menjelaskan segala isu yang berkaitan dengan salah laku, kes rasuah dan mengapa anak-anaknya begitu kaya dalam masa yang singkat dan juga mendesak Presiden Parti Muhyiddin Yassin untuk membersihkan nama dan menafikan skandal seks beliau yang dikatakan mempunyai kaitan dengan perempuan Cina yang bernama Nika Gee telah menyebabkan situasi dan keadaan semasa PPBM menjadi haru biru. 

Apabila soalan berkaitan dengan salah laku, jenayah yang dilakukan oleh Mahathir dipersoalkan , ada sahaja ahli-ahli parti itu dikenakan tindakan disiplin dan tatatertib. Ahli-ahli dalam parti berkenaan seolah-olah tidak dibenarkan bersuara dan ini punca yang menyebabkan pergolakan berlaku dalam kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini termasuk pembubaran beberapa bahagian parti itu.

Kepimpinan Mahathir dan Muhyiddin telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pucuk pimpinan parti khususnya Mukhriz Mahathir. Kalau dulu PPBM pernah menguar-uarkan bahawa PPBM adalah parti yang telus dan sanggup menerima apa sahaja kritikan dari ahli-ahli bawahan. Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang ini jelas di sini tiada kebebasan bersuara dalam PPBM. Sudah pasti parti PPBM ini akan menggunakan apa jua cara bagi menyekat ahlinya daripada bersuara dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang mempertikaikan kepimpinan parti itu. 

Kita mempersoalkan Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari tahun 1981-2003 kalau kita dapat lihat pelbagai tohmahan, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh puak pembangkang termasuklah menyalahgunakan kuasa dan rasuah. Mahathir dilabelkan sebagai mahafiraun dan mahazalim malah dikategorikan sebagai pemimpin diktator. 

Ini membuktikan parti yang ditubuhkan oleh Mahathir matlamat yang tidak betul dan tersasar daripada perjuangan yang asal. Parti ini dibentuk semata-mata bertujuan untuk mengurangkan sokongan rakyat kepada parti asal, malah tujuan penubuhannya juga tidak ikhlas. 

Rakyat mahu dipimpin oleh pemimpin politik yang telus dan bersih dari amalan rasuah dan mereka juga tidak suka apabila pemimpin-pemimpin parti dilemparkan dengan tuduhan dan fitnah rasuah dan salah guna kuasa. Seharusnya pemimpin utama parti itu tak lain tak bukan Mahathir tampil memberikan pencerahan mengenai segala isu salah laku dan rasuah beliau selama ini. 

Realitinya sehingga kini Mahathir dan pemimpin tertinggi PPBM tidak mampu menjawab apabila soalan diajukan kepada beliau. Malah sesiapa sahaja yang mengajukan soalan atau bersuara pastinya tindakan disiplin akan diambil serta merta. Justeru itu sudah sepatutnya PPBM dibubarkan dan pastinya akan terkubur sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Comments