SYED SADDIQ BUDAK YANG CUBA TUNJUK PANDAI AJAR ZINA, SEKS BEBAS DAN PEMAKAIAN KONDOM KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA



Baru-baru ini Syed Saddiq menyarankan supaya remaja Malaysia diajar cara mengamalkan seks selamat bagi mengelakkan hamil. Bukan begini caranya Syed Saddiq mahu ajar remaja-remaja, SEKS BEBAS hukumnya haram dan dilaknat oleh Allah. Seks bebas, lawak apakah yang dibuat oleh Syed Saddiq ini?Sekarang ini kita mahu mempersoalkan agama mana yang membenarkan seks bebas?? Atau adakah PPBM dan Armada seperti Syed Saddiq serta pemimpin-pemimpin dalam Armada dan PPBM lain mengamalkan seks bebas?

Sepatutnya Syed Saddiq memberikan cadangan bagaimana menghalang orang berzina dan bukannya halang orang yang berzina daripada melahirkan anak luar nikah. Nama sahaja Syed Saddiq ini berpendidikan tinggi dan kononnya mendapat tawaran Oxford tetapi lihatlah sebaliknya apa yang berlaku kepada graduan Oxford seperti Syed Saddiq ini.

Macam mana lah Syed Saddiq ini boleh dilantik menjadi Ketua Armada Pemuda PPBM, kalau dah macam inilah caranya Syed Saddiq, Syed Saddiq hanyalah mahu merosakkan akhlak dan akidah generasi remaja pada masa hadapan. Sepatutnya Syed Saddiq mengajar dan mendidik generasi remaja tentang akidah dan akhlak ini tidak menggalakkan lagi zina, seks bebas dan pemakaian kondom terang-terangan ini adalah perbuatan terkutuk yang haram hukumnya di sisi agama Islam. 

Kesimpulannya, berdosa besar Syed Saddiq galakkan Zina dengan pemakaian kondom, bertaubatlah Syed Saddiq anda orang Melayu Islam tetapi halal haram pun tidak tahu. Kembalilah ke pangkal jalan dan betulkan akidah dan akhlak anda Syed Saddiq. Pihak berkuasa juga seharusnya mengambil tindakan ke atas pemimpin Armada Syed Saddiq ini agar tidak terus memesongkan akidah dan akhlak orang Islam. Ini penting bagi mengelakkan perkara-perkara sebegini berlaku pada masa akan datang.

Comments