Walaupun hasrat Rafizi Ramli yang mahu memberi dana politik kepada setiap calon ADUN dan Ahli Parlimen yang bakal bertanding pada PRU-14 akan datang dianggap bagus, namun tujuan asal pemberian dana tersebut serta sumber dana itu diperolehi masih diragui.
Rafizi Ramli cuba bermain wayang kulit mengenai sumber dana Invoke, dimana dia mengakui modal permulaan untuk menubuhkan Invoke berasal dari wang sakunya sebanyak RM1 juta. (Hanya orang gila sahaja yang sanggup).
Jika sumber kewangan Invoke datangnya dari derma orang ramai dan penyokong Pakatan Harapan, ianya amat mustahil sedangkan derma PIBG sekolah pun ibu bapa mengeluh. Besar kemungkinan dana Invoke dikutip dari taikun besar dan dijana dari aktiviti yang tidak sihat serta menyalahi undang-undang.
SPRM & POLIS SIASAT INVOKE !!
Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan terutamanya Tun M dan DAP rasa tersinggung dengan usaha Rafizi Ramli itu kerana salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh bakal calon adalah untuk mengisytiharkan harta mereka.
Jika harta mereka didedahkan, maka akan terkantoi la aktiviti disebalik tabir mereka selama ini. Aset Tun M dan anak beranaknya juga akan terbongkar tanpa melalui proses siasatan lengkap.
Oleh itu, pada 20 Nov 2017 yang lepas telah berlangsung AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE di sebuah pasaraya terkenal di Lembah Klang.
Namun hanya 30 orang wakil rakyat yang terlibat dan bersetuju untuk menandatangi AKUJANJI tersebut. Manakala wakil rakyat yang selebihnya masih menyembunyikan diri dan masih mahu menyelindungi kekayaan yang mereka ada.
Wakil rakyat DAP sungguh takut untuk mengisytiharkan harta mereka dan kemungkinan besar mereka tidak mahu dibantu oleh INVOKE kerana berkemungkinan mereka telah terlalu kaya dan tidak perlu dibantu untuk menghadapi PRU-14 akan datang.
MENGIKAT WAKIL RAKYAT DENGAN DENDA RM20 JUTA MACAM CONTOH BAIAH WAKIL RAKYAT PAS YANG JATUH TALAK 3 SEKIRANYA MEREKA LOMPAT PARTI.
Comments
Post a Comment