SITI HASMAH SOKONG KONDOM DAN SEKS BEBAS SYED SADDIQ



Apa sudah jadi dengan ister Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Siti Hasmah sebelum ini mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana dilarang oleh suaminya Mahathir dan kini menyokong Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq mengenai pemakaian kondom yang kononnya dikatakan sebagai seks selamat dalam kalangan remaja. Siti Hasmah seharusnya melihat dirinya yang kini berusia 92 tahun tidak sepatutnya dirinya mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Syed Saddiq dengan mempertahankan tindakan Syed Saddiq yang menggalakkan pemakaian kondom dalam kalangan remaja. 

Siti Hasmah ini tidak ada pegangan ajaran agama Islam rasanya sehinggakan mempertahankan perbuatan berkenaan yang dilihat amat tidak bertanggungjawab. Perbuatan Syed Saddiq ini telah mendapat kecaman daripada seluruh rakyat Malaysia kerana ini membuktikan dirinya sendiri tidak ada pegangan dan ajaran Islam apabila menggalakkan pemakaian kondom atas sebab dan alasan amalan seks selamat bagi mencegah pembuangan bayi dan penyakit kelamin. 

Sebagai seorang yang bergama Islam, Siti Hasmah dan Syed Saddiq tidak sepatutnya menyokong sebarang amalan seks bebas kerana ianya satu dosa besar yang dilarang sama sekali dalam Islam. Siti Hasmah sepatutnya tahu ianya dosa besar, bukankah berzina itu dosa besar? Baik Siti Hasmah mahupun Syed Saddiq masing-masing tidak tahu ke berzina itu hukumnya berdosa besar, haram. 

Bagi Siti Hasmah mahupun Syed Saddiq zina yang hukumnya haram sudah dikira halal setelah  mereka bekerjasama dengan DAP. Sejak bekerjasama dan menjalinkan hubungan baik dan akrab bersama-sama dengan DAP, zina dan pemakaian kondom sudah dianggap halal. Tidak timbul lagi isu haram. Jika benar ini terjadi, kita umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya. Tindakan menghalalkan yang haram atas sebab kepentingan peribadi dan politik semata-mata bukanlah suatu perkara yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia apatah lagi majoritinya terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam. 

Realitinya tindakan dan sikap Siti Hasmah yang menyokong pemakaian kondom daalam kalangan remaja adalah tidak bertanggungjawab dan sama sekali tidak boleh diterima dalam Isla.  Sepatutnya Siti Hasmah menjadi orang yang bertanggungjawab untuk mengajar remaja tentang halal haram penzinaan dan bukannya menghalalkan zina dengan mengamalkan seks bebas yang selamat.

Comments