SISTEM PENGURUSAN PPBM LEMAH! MEREKA SIBUK BERCERAMAH NAK JADI CALON PRU-14 SAJA, BOBOI PULA TAK TAHU BUAT KERJA


Masalah demi masalah kini melanda parti yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kelemahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menyelesaikan masalah remeh pendaftaran parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membuktikan kepimpinan parti itu tidak layak untuk mentadbir negara ini. 

Ternyata PPBM tidak mempunyai kualiti kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat apabila soal pendaftaran dan kegagalan mengadakan mesyuarat agung parti tidak dapat diselesaikan sekian lama. Parti PPBM ini hanya mengharapkan kepopularitian Tun Dr. Mahathir sahaja untuk gah walhal sistem pengurusannya kucar kacir! Nak harap Boboi, memang tak boleh harap.

Selain itu, isu-isu yang melanda PPBM ini jelas menunjukkan kelemahan pengurusan. Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang pernah jadi seorang perdana menteri selama 22 tahun, tiba-tiba nak urus pendaftaran dan pengurusan parti pun tidak boleh selesai, bagaimana hendak mendapat sokongan masyarakat. Satu lagi perkara, mana pemimpin-pemimpin PPBM yang lain, tengah tidur atau tengah sibuk dengan hal sendiri untuk berceramah sebab nak jadi calon PRU-14! 

PAS menerima baik situasi terkini yang melanda Pakatan Harapan dan parti komponennya, bagi PAS kalau tak ada langsung Pakatan Harapan lebih baik. Kegagalan PPBM mengadakan perhimpunan agung tahunan sejak pendaftaran parti itu diluluskan serta permohonan pindaan perlembagaan PPBM yang belum diluluskan turut menyebabkan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan tidak dapat dilakukan. Ini selain kegagalan DAP yang menganggotai PH menyelesaikan laporan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Comments