Shafie Apdal kononnya dikatakan menubuhkan Parti Warisan sebagai wadah perjuangan yang boleh menggantikan Barisan Nasiona Sabah dalam memperjuangkan hak orang Sabah. Ini semuanya hanyalah sandiwara dan drama politik semata-mata. Ini kerana sehingga kini pun orang Melayu masih lagi bersatu, kukuh dan kuat berada di bawah pimpinan dan pentadbiran UMNO dan BN.
Baru-baru ini, Shafie Apdal membuat dakwaan kononnya pemimpin Kristian dalam Barisan Nasional Sabah takut menyuarakan hak agama itu yang bersifat cubaan memisahkan masyarakat Kadazandusun Murut. Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun, berkata tindakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu bertujuan mengeksploitasi sensitiviti penganut Kristian dan menghasut mereka menyerang dan menghentam Barisan Nasional.
Shafie didakwa menamakan beberapa pemimpin Kristian yang didakwa gagal melindungi agama dan tidak menolak kerjasama UMNO serta PAS semata-mata mencari kesempatan dan peluang dalam politik. Bukan itu sahaja malahan Shafie menuduh pemimpin Kristian dalam BN Sabah gagal melindungi kepentingan agama di negeri ini.
Ini semuanya drama dan sandiwara politik Shafie Apdal dan parti Warisan Sabah semata-mata. Shafie Apdal akan terus menerus menyerang Barisan Nasional sedangkan kedudukan Barisan Nasional semakin lama semakin utuh dan kuat. Barisan Nasional satu-satunya parti yang masih lagi relevan di Sabah dan satu-satunya parti yang boleh menyatupadukan rakyat negeri Sabah dan seterusnya membela nasib anak bangsa Malaysia.
Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu menyalurkan bantuan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira bangsa mahupun pegangan agama. Barisan Nasional bukan sekadar parti politik tetapi dalam masa yang sama juha menggalas amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan dan ditunaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara kita. Dan atas sebab itulah mengapa Barisan Nasional masih lagi relevan dan terus bertahan di Sabah sehingga ke saat ini.
Kita dapat membezakan pendekatan parti politik pembangkang Parti Warisan dengan Barisan Nasional di mana, parti politik pembangkang sudah menjadi kebiasaan akan bercakap pasal soal kuasa, pengaruh, jawatan, pangkat dan bagaimana hendak menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan fokus mereka hanya mahu membumbangkan pihak lawan dan musuh dengan apa juga cara sekalipun. Sebaliknya Barisan Nasional mempunyai matlamat, misi, visi dan hala tuju untuk memperjuangkan hak, keperluan dan kehendak rakyat.
Apa yang mengecewakan dan malang sekali, Shafie Apdal lebih memfokuskan mereka-reka cerita, mencipta fitnah dan tuduhan tetapi gagal membawa isu dan hak Sabahan sebelum iniv walaupun berada di barisan pimpinan kanan kerajaan dan persekutuan. Bukan itu sahaja bahkan Shafie Apdal juga telah mengkhianati kepercayaan rakyat Sabah untuk membangunkan negeri Sabah sewaktu Shafie Apdal memegang jawatan sebagai Menteri KKLW.
Kalau sekarang ini Shafie Apdal gagal bawa isu dan hak-hak negeri yang perlu diperjuangkan, bagaimana beliau mahu perjuangkan hak-hak orang Sabah di masa akan datang? sedangkan sebelum ini suara-suara ini tidak mendapat perhatian dari beliau. Setelah tiada apa-apa jawatan dan kuasa barulah memekik soal hak Sabahan.
Kesimpulannya sehingga sekarang rakyat Sabah memberikan sepenuh sokongan kepada Barisan Nasional. Shafie Apdal hanya tahu mencipta fitnah dan tuduhan memburukkan Barisan Nasional.
Comments
Post a Comment