Keberanian anak muda Tharmelinggem Pillai mengutarakan pandangan dan pendapat yang tidak berbelah bahagi di dalam "Forum What Say Youth" di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya tempoh hari amat memeranjatkan dunia politik Malaysia.
Secara terang dan jelas Tharmelinggem mendesak Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan salah laku Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya.
Walaupun Mahathir turut berada di dalam forum tersebut, namun anak muda ini tidak segan silu mendesak Ketua DAP itu. Tersipu-sipu Lim Kit Siang mahu menjawab soalan berkenaan.
Apa yang boleh dibanggakan lagi, Tharmelinggem hadir di dalam forum berkenaan secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Ini disebabkan beliau terpanggil untuk merungkai kezaliman yang telah dilakukan oleh Mahathir dengan menggunakan ISA untuk mengekalkan kuasanya memerintah negara.
Jawapan yang dilontarkan Mahathir turut sumbang dan seolah-olah mahu mempersalahkan kredibiliti polis yang hanya menjalankan tugas dan arahan dari pihak atasan terutamanya Menteri KDN yang mengawal ISA dan juga Perdana Menteri pada ketika itu.
Akhirnya Tharmelinggem akan mempertimbangkan samada dirinya perlu ataupun tidak untuk mengundi PH pada pilihanraya akan datang kerana dia sememangnya tidak suka dan tidak pernah menyokong Mahathir dari dulu lagi. Walaupun dia mengaku dia merupakan penyokong pembangkang di Malaysia.
INI BARU BETUL YANG DINAMAKAN KUASA RAKYAT !!!
MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN KEBATILAN
Comments
Post a Comment