RIWAYAT HIDUP AMANAH TIDAK AKAN KEKAL LAMA! MEREKA PERASAAN HEBAT TAPI REALITINYA MEREKA LEMAH


PAS menyifatkan Amanah bukan lawan mereka dalam arena politik tanah air dan kewujudan Amanah sebenarnya tidak membawa erti kepada Parti PAS. Perkara ini diakui sendiri Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang menjelaskan bahawa kewujudan Amanah tidak membawanya erti kepada PAS.

Amanah bukan lawan PAS, buat malu dekat orang jika lawan dengan dia! Amanah adalah sebuah parti yang tidak perlu dilayan kerana ia hanya membuatkan parti itu 'perasan' hebat. Jika kita lawan Amanah, mereka akan rasa macam hebat sangat.

Di samping itu juga PRU 14 nanti adalah pentas menguji populariti dan kelangsung hidup parti Amanah dalam politik di negara ini. Hidup mati Amanah akan diuji PRU-14 nanti. Hakikatnya, Amanah adalah sebuah parti yang didokong oleh parti DAP dan DAP menjadi tulang belakang kepada Amanah. 

Dahulu bekas pemimpin-pemimpin PAS yang kini membentuk Amanah seperti Mat Sabu, Husam Musa, Salehuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli ini sanggup bermati-matian untuk parti PAS, sekarang pula mereka bermati-matian pertahankan parti DAP. Parti ini hanya mampu bertahan kerana adanya DAP sebagai pelindung kepada mereka. Tanpa DAP, sudah lama Amanah berkubur kerana tidak punya dana dan pengaruh. 





Comments