Pembukaan Jalan Pintas Rawang (Rawang By-Pass) bermula 6 pagi tadi telah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Hasil projek pembinaan jalan pintas ini telah mampu mengurangkan masalah kesesakan jalan dan mengurangkan masa perjalanan buat pengguna selain proses pembinaan yang memelihara alam sekitar. Banyak lagi projek infrastruktur rakyat sebegini akan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti Jalan Pintas Rawang yang dibuka kepada pengguna akan dilaksanakan kerajaan.
Jalan Pintas sepanjang 23km itu menghubungkan pekan Rawang ke Serendah, serta merentas Hutan Lipur Komenwel. Ia sekaligus mencatat sejarah apabila struktur jambatan setinggi 58.2 meter itu adalah paling tinggi di Malaysia. Jambatan tertinggi itu telah dirasmikan semalam oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Fadhillah Yusof.
Di samping itu, jalan pintas ini juga mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila pembinaan struktur tiangnya diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus pada waktu pagi. Pengguna jalan pintas ini juga berpeluang menikmati panorama hutan hijau yang cantik di sekitar Rawang ketika melalui laluan ini. Projek pembinaan jalan pintas ini menggunakan teknologi dari Eropah dan ianya mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017. Lebih manis lagi ia adalah projek pembinaan Kerajaan BN tanpa tol.
Comments
Post a Comment