Kalau tiada muslihat dan helah, itu bukannya DAP yang sebenar. Baru-baru ini, proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mendapat reaksi negatif dari ahli-ahli DAP sendiri yang menyaksikan dinasti Lim terus kekal berkuasa. Malah pemilihan yang dijalankan itu diragui dan dipersoal ketelusannya oleh perwakilan DAP sendiri. Rentetan daripada itu, beberapa perwakilan DAP telah membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana mendakwa pemilihan semula CEC yang diadakan pada 12 November lalu tidak adil.
Antaranya bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Ehsan, Klang, L. Pannerselvam yang memberi kenyataan negatif terhadap pemilihan ini dan sebagai perwakilan, mereka mengesyaki kertas undi telah dimanipulasi dan diubah di dalam bilik kiraan undi yang tertutup. Dakwanya, sistem pengundian DAP yang hanya menggunakan nombor tanpa ada nama calon juga menguatkan lagi keraguan mereka tentang ketelusan pemilihan semula itu.
Sistem undi dalam pemilihan semula itu yang hanya menggunakan nombor jelas mudah untuk dimanipulasi. Dalam pada itu, cara pengiraan undi juga menjadi tanda tanya kepada perwakilan DAP di mana calon atau wakil calon tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pengiraan undi. Pengiraan undi dibuat oleh beberapa kakitangan yang mereka tidak pasti sama ada kakitangan wakil dari firma perunding Grant Thornton atau tidak, secara tertutup.
Oleh itu, secara tidak langsung apa yang berlaku di bilik pengiraan undi itu akan menyebabkan calon tidak tahu dan sebab itu ramai perwakilan DAP mensyaki telah berlaku manipulasi undi terutamanya dengan terdapatnya calon yang sebelum ini mendapat undi rendah tetapi kini mendapat banyak undi. Sistem pengiraan undi yang diguna pakai ini menyebabkan perwakilan DAP tidak puas hati dengan pemilihan CEC DAP yang dijalankan.
Comments
Post a Comment