Seperti kebiasaannya Perhimpunan Agung Parti menjadi medan buat setiap parti untuk berhimpun dan membahaskan usul-usul mereka. Ianya juga medan untuk menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli parti dan untuk menanam semangat patriotism serta perasaan sayangkan parti di kalangan ahli-ahlinya.
Perhimpunan Agung UMNO adalah antara perhimpunan yang sentiasa mendapat liputan dan tumpuan ramai. Perhimpunan Agung UMNO 2017 kali ini akan menumpukan kepada memupuk semangat anggota parti ke arah mentaliti memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dalam perhimpunan itu nanti, semangat itu akan digarap dan dijelmakan menerusi perbahasan daripada para perwakilan sepanjang perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 hingga 9 Disember ini. Seramai 5,739 perwakilan akan menghadiri perhimpunan lima hari itu membabitkan perhimpunan parti peringkat pusat (2,761), perhimpunan agung sayap parti - Wanita (994), Pemuda (992) dan Puteri (992).
Selain perbahasan, ucapan dasar Presiden memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat ahli-ahli UMNO ke arah memenangi PRU. Perhimpunan ini juga menjadi medan dan peluang untuk beramah mesra serta merapatkan silaturahim sesama pemimpin dan ahli UMNO serta parti komponen Barisan Nasional.
Comments
Post a Comment