PEMILIHAN SEMULA CEC DAP BERBAU PENIPUAN



Baru-baru ini DAP telah menjalankan semula pemilhan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC). Arahan itu dikeluarkan berikutan ROS menolak keputusan pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.

Pemilihan semula DAP itu telah dipantau firma audit bebas, Grant Thornton yang akan bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan pemilihan firma antarabangsa itu telah dipersetujui ROS.

Namun, pemilihan semula berkenaan turut diselubungi masalah-masalah penipuan. Daripada 2,514 pemilih yang layak mengundi, hanya 1,356 atau 53.94% yang hadir bagi membuat pemilihan semula. 

Keadaan berkenaan sudah tentu menimbulkan tanda tanya, tetapi pemilihan semula tersebut turut didakwa mengandungi unsur-unsur penipuan. Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Cawangan DAP Bagan Luar, G Ashogan mendakwa bahawa format pemilihan yang menggunakan nombor dan bukannya nama calon. 

 “Bagaimana pemilihan kali ini dibenarkan menggunakan nombor dan bukan nama calon untuk ditulis pada kertas pengundian yang mempunyai 20 kotak kosong itu?

“Contohnya katakan Lim Guan Eng diberi nombor 29, dan ada calon lain nombor dua, katakan saya ada pilih calon nombor dua, tapi saya tidak pasti nombor itu kekal menjadi nombor dua ketika proses mengira undi dilakukan.

“Ini yang saya kata terdapat cara yang tidak betul bagi memastikan calon-calon tertentu menang pada pemilihan kali ini,” jelasnya di Petaling Jaya, Jumaat.

Dakwaan Asohan adalah berasas memandangkan pemilihan adalah berasaskan nama, ataupun jika tidak menggunakan gambar untuk memastikan pengundian dijalankan dengan tepat. Masalah di dalam pemilihan terdahulu bukanlah kaedah pengundian tetapi semasa pengiraan. 

Tetapi DAP telah melakukan manipulasi pengiraan menggunakan fail Excel pada 2012 mengubahkan kaedah pengundian kepada cara yang mudah dimanipulasi.

Comments