PEMERINTAH BN LEBIH KUKUH DARIPADA PAKATAN HARAPAN, RAKYAT OPTIMIS MASA DEPAN BN JAUH LEBIH BAIK



Kita boleh bersikap optimis dan yakin bahawa masa depan negara kita berada dalam tangan Barisan Nasional satu-satunya kerajaan yang mampu membawa negara kita ke tahap yang lebih baik. Janji untuk masa depan yang lebih baik itu bukanlah omong-omongan yang kosong atau angan-angan Mat Jenin tetapi ianya berpijak di bumi yang nyata kerana ini telah dibuktikan dengan pelbagai projek dan kemudahan rakyat yang telah disediakan oleh kerajaan. 

Dengan kestabilan politik kerjasama antara parti politik dalam gabungan parti yang memerintah, di samping kerajaan yang dipimpin oleh gabungan parti politik yang kukuh, berpengalaman dan sehaluan dapat memastikan ekonomi negara membangun dan kebajikan rakyat terus terpelihara pada masa hadapan.

Kalau kita dapat melihat kepada sejarah pakatan pembangkang PAKATAN HARAPAN, mereka tidak akan mampu bertahan lama. Bagaimana pembangkang PAKATAN HARAPAN mahu bertahan lama sedangkan mereka sama sekali tiada pendirian langsung dan mereka sering mengubah pendirian demi kepentingan diri dan politik parti mereka sahaja. 

PAKATAN HARAPAN sendiri menghadapi masalah dan konflik alaman yang akan menyebabkan mereka tidak akan dapat menumpukan perhatian dan fokus kepada rakyat. Kerajaan yang diperintah oleh pembangkang PAKATAN HARAPAN pastinya akan berpecah belah dan seterusnya boleh mengakibatkan ekonomi merundum.

Hakikatnya sehari demi sehari pengaruh dan kuasa PAKATAN HARAPAN semakin tipis dan berkurangan. PAKATAN HARAPAN tidak mempunyai sebarang pengaruh dan kuasa asas dalam kalangan masyarakat Melayu malahan kebanyakan pengundi yang berketurunan Melayu masih berasa asing dengan PAKATAN HARAPAN. PAKATAN HARAPAN hanya berjuang demi menumbangkan dan menggulingkan Najib Razak semata-mata.

Comments