Parti Amanah Negara (PAN) tidak sedar diri kononnya yakin mampu merampas 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang kini disandang PAS. Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata hasil kajian Institut Kajian Darul Ehsan (IDE) menunjukkan hanya satu peratus rakyat yang menyokong PAN.
Kenyataan PAN sebelum ini mahu merampas 13 kerusi DUN milik PAS Selangor tidak lebih hanyalah sekadar kenyataan politik semata-mata. PAN bercakap tanpa membuat sebarang kajian, PAN harus sedar mereka hanya penumpang dalam pakatan pembangkang PAKATAN HARAPAN.
Ini membuktikan bahawa PAN tiada pengaruh dan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP mengenai kemampuan parti serpihan PAS berkenaan. PAS semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang Melayu tetapi juga daripada orang Cina dan India. Keadaan ini sebenarnya memberikan tamparan yang hebat dan kerisauan yang hebat kepada parti ciptaan DAP siapa lagi kalau bukan PAN. Kalau dapat lihat PAN gagal menarik sokongan dan meraih undian Melayu untuk menyokong DAP.
PAN hanya tahu bertindak menyerang PAS setelah gagal menarik pengundi Melayu. PAN pernah membuat dakwaan kononnya parti yang mereka tubuhkan adalah untuk menggantikan PAS. Kononnya PAN mendakwa diri mereka mampu menawan Kelantan, Terengganu dan menawan kerusi PAS, percayakah kita dengan segala dakwaan PAN ini? Ini semua retorik semata-mata mimpi ngeri buat PAN untuk menawan kerusi PAS.
Realitinya retorik PAN gagal meyakinkan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan sehinggakan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan seperti DAP, PKR dan PPBM berlumba-lumba menghulurkan salam persahabatan dan mahu menjalinkan hubungan kerjasama dengan PAS. Mereka sama sekali tidak memandang PAN yang kononnya bercita-cita besar mahu menggantikan PAS.
PAN menjerat leher mereka sendiri kerana PAN hanya bergantung kepada DAP, PKR dan PPBM semata-mata. PAN tidak mampu berdiri sendiri dan tidak mampu meraih undian pengundi Melayu setakat ini.
Kesimpulannya PAN hanya akan terus hiduo dalam retorik dan berada dalam mimpi awang-awangan kerana hanya mampu melihat PAS terus mantap dan kukuh dalam meraih kepercayaan dan undian orang Islam.
Comments
Post a Comment