PAKATAN TIADA HARAPAN - ADA KE PATUT MANTAN PM YANG TURUN PADANG JUMPA ROS, YANG LAIN PERGI MANA?


Bila lihat di dalam kaca TV mengenai perkembangan pendaftaran Pakatan Harapan yang mempunyai masalah ianya memang sudah dijangka. Akan tetapi bila melihat sekujur tubuh orang tua yang berusia 92 tahun memberi penerangan mengenai perjalanan proses parti gabungannya agak keterlaluan.

DIMANA PEMIMPIN YANG LAIN? MANA WAKIL DAP?

Bila melihat Tun M yang dari dulu bersusah payah turun naik bangunan ROS untuk mendaftar kemudian ditolak atas sebab teknikal. Kemudian Tun M hadir lagi untuk memperincikan masalah yang timbul dalam proses pendaftaran tersebut.

Ini menyerlahkan bahawa Pakatan Harapan sebenarnya betul-betul mahu mempergunakan mantan PM itu bagi mencapai misi politik peribadi masing-masing. Yang berpeluh ketiak letih dan lesu hanya beberapa orang sahaja, tapi yang akan menumpang "tui" atas kejayaan pendaftaran PH itu kelak ramai.

TUN M 'BINA RUMAH UNTUK ORANG LAIN'

Pengorbanan Tun M itu dilihat lebih kepada membina rumah untuk orang lain yang bermaksud, dengan umurnya yang sudah menjangkau senja itu mungkin dia tidak sempat menyaksikan bagaimana anaknya Mukhriz dan juga DAP memerintah. Mungkin dia juga tidak sempat melihat kegagalan PH yang tidak pernah mendapat sokongan majoriti penduduk Malaysia.
Mungkin gabungan pembangkang itu akan terus menjadi pembangkang di Malaysia kerana mereka tiada cita-cita sedikit pun untuk memajukan negara. Apa yang mereka tahu hanyalah membangkang sahaja.

PPBM DAN DAP PARTI BERMASALAH

Walaupun kedua-dua parti ini mungkin nampak sedikit berpengaruh, namun sebenarnya mereka tidak pandai mengurus perjalanan parti mereka sendiri. Mereka main redah dan suka membuat persepsi sendiri dalam membuat keputusan mengenai parti. Bila mahu dibatalkan pendaftaran parti mereka baru mereka gelabah mahu buat AGM dan pemilihan semula.

Kalau DAP dan PKR jujur dalam perjuangan mereka sebelum ini, sudah tentu gabungan Pakatan Rakyat (PR) bersama PAS dahulu sepatutnya sudah selesai didaftarkan dan sudah menjadi satu gabungan yang rasmi. Tapi lihat sahaja kini, bermacam-macam masalah yang timbul kerana kekhilafan masing-masing.

Comments