PAKATAN HARAPAN SERANG PERIBADI KETANDUSAN ISU TERDESAK MAHU MENANG DALAM PRU-14



Tindakan parti pembangkang PAKATAN HARAPAN menggunakan taktik serangan peribadi bagi menumbangkan dan menumpaskan pemimpin UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional disifatkan sebagai ketandusan modal dan isu bagi meraih undian dan sokongan rakyat. 

Serangan persepsi sering dilakukan oleh pembangkang PAKATAN HARAPAN untuk menumbangkan dan menjatuhkan reputasi dan kredibiliti pemimpin UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional tetapi ternyata pembangkang menggunakan cara kotor tidak akan mampu menganggu gugat pemimpin parti Barisan Nasional untuk terus konsisten dalam membantu rakyat. 

Kalau kita dapat melihat portal rasmi pembangkang PAKATAN HARAPAN cuba mengelirukan masyarakat dengan fakta yang tidak benar, penuh dengan pendustaan, penipuan dan pembohongan. Sepatutnya apa-apa sahaja isu yang cuba diperkatakan oleh pembangkang PAKATAN HARAPAN seharusnya berasaskan fakta dan bukti yang sahih dan kukuh. 

Pembangkang PAKATAN HARAPAN tidak seharusnya membuang masa dengan terlalu banyak memfokuskan isu yang tidak isu yang tidak benar dan sahih kerana ini tidak banyak membantu kemenangan PAKATAN HARAPAN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Kita sebenarnya sudah muak dengan isu yang dibangkitkan oleh PAKATAN HARAPAN.

PAKATAN HARAPAN semakin terdesak dengan menimbulkan isu-isu seperti ini apatah lagi mereka berusaha memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan Barisan Nasional untuk meraih undian dan mendapatkan sokongan pengundi memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 semakin dekat.

Sebaliknya rakyat terutama golongan pengundi atas pagar lebih berminat untuk mengetahui apa yang akan dilakukan oleh PAKATAN HARAPAN jika mereka berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan dan pentadbiran daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Hakikatnya PAKATAN HARAPAN ketandusan isu dan membuang masa dengan isu luaran adalah lebih baik pemimpin-pemimpin PAKATAN HARAPAN menggunakan masa yang ada untuk membina kekuatan dalaman PAKATAN HARAPAN seterusnya memberikan keyakinan kepada rakyat khususnya orang Melayu tentang apa yang akan terjadi jika berlakunya perubahan kerajaan.

Comments