Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini mungkin belum lagi masa yang sesuai untuk Pakatan Harapan menapak dalam politik Malaysia dan mereka memerlukan masa yang lama untuk mengukuhkan nama mereka kerana rakyat masih tidak melihat pakatan sebagai sebuah parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan kebajikan rakyat. Pakatan Harapan hanya satu nama baru yang belum dikenali dan tidak popular.
Kita semua ketahui bahawa kelemahan pembangkang adalah nama mereka sering bertukar-tukar. Setiap penggal berbeza nama yang jelas menampakkan kerapuhan pakatan pembangkang dari dulu hingga sekarang. Nama mereka berubah dari Barisan Alternatif kepada Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Dengan tindakan ini, sudah pasti ia menampakkan kelemahan Pakatan Harapan yang sentiasa tidak kekal lama dan berubah-ubah akibat daripada percanggahan pandangan di antara parti komponen Pakatan Pembangkang.
Secara keseluruhannya, rakyat juga melihat prospek malap buat Pakatan Harapan dalam jangka masa pendek kerana sejarah membuktikan bahawa parti komponen dalam Pakatan Harapan seperti DAP, PKR, PPBM dan Amanah sebenarnya tidak mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Masing-masing ada agenda tersendiri maka tidak mustahil untuk kita lihat kelemahan ini sekali lagi akan memecah belahkan parti Pakatan Harapan di masa depan. Kita cuma tunggu dan lihat kehancuran Pakatan Harapan!
Comments
Post a Comment