NEPOTISME - MAHATHIR MENGATA DIRI SENDIRI TU



Tun M sejak akhir-akhir ini sering diajukan soalan oleh netizen apabila beliau hadir pada sesi ceramah dan dialog yang dianjurkan oleh badan NGO, parti politik dan sebagainya.

Namun, Tun M seolah-olah terperangkap dengan soalan-soalan mudah dari netizen. Namun ianya perlu dijawab dengan jujur oleh Tun M kerana beliau adalah ikon anak muda pada suatu ketika dahulu. (tapi tidak sekarang)

Tetapi apabila menilai kembali jawapan yang diberikan oleh mantan PM itu rakyat akan dapat melihat keburukan dan kekejaman yang telah berlaku selama 22 tahun pemerintahan Tun M mentadbir Malaysia.

Salah satunya adalah kupasan mengenai NEPOTISME

Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan.

Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin 'nepos', yang bermaksud "anak saudara" atau "cucu".

Nepotisme adalah satu tuduhan yang lazim dalam bidang politik apabila kaum kerabat seseorang yang berkuasa mewarisi kuasanya tanpa kelayakan yang sepatutnya.

Nepotisme dan kronisme menafikan hak orang biasa yang berkelayakan untuk memperoleh pendapatan dan kuasa. Ia seterusnya boleh menyebabkan kesan jangka pendek serta jangka panjang terhadap masyarakat, bergantung kepada sejauh mana amalan tersebut dilaksanakan serta penerimaan masyarakat.

Kesan sosial dan ekonomi

Antara tempat di mana nepotisme dipercayai memberikan kesan buruk termasuklah di sektor perkhidmatan awam serta berkaitan hubungan dalam dan luar kerajaan seperti duta-duta serta badan penguatkuasa.

Perasan atau tidak perkara yang disenaraikan di atas semuanya pernah dan telah berlaku di zaman Tun M. Jadi, kenapa kita perlu mengangkat pemimpin sepertinya lagi untuk menjadi ketua atau penasihat kepada parti politik di Malaysia terutamanya PPBM dan Pakatan Harapan????

Comments